Cari:
Laporan Kerja Kerajaan (petikan)
2017-03-05 10:52:22 CRI Cetak

Para wakil,

Prestasi yang dicapai pada tahun lalu ialah hasil pimpinan Jawatankuasa Pusat PKC yang diketuai oleh Xi Jinping, dan hasil usaha sama gigih seluruh parti, tentera dan rakyat pelbagai kaum. Saya mewakili Dewan Negara, mengucapkan terima kasih kepada rakyat pelbagai kaum, pelbagai parti, pertubuhan rakyat dan pelbagai kalangan masyarakat! Terima kasih kepada saudara setanah air di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Wilayah Pentadbiran Khas Macau, Taiwan, dan perantau China di luar negara! Terima kasih kepada kerajaan pelbagai negara, pertubuhan antarabangsa dan sahabat-sahabat yang menyokong pembinaan modenisasi China!

Walau bagaimanapun, negara ini masih menghadapi banyak kesukaran dan masalah dalam pembangunan sosioekonomi. Daya penjana dalaman dalam pertumbuhan ekonomi perlu diperkuat. Beberapa sektor menghadapi masalah lebihan kapasiti pengeluaran yang besar, beberapa perusahaan menghadapi kesukaran dalam pengeluaran dan urus niaga, trend perkembangan ekonomi di pelbagai kawasan tidak seimbang, perselisihan pendapatan dan pembayaran amat besar, risiko dalam ekonomi dan kewangan tidak boleh diabaikan. Pencemaran alam sekitar masih serius, khususnya gejala jerebu yang teruk sering berlaku di sesetengah kawasan, maka tindakan berkesan perlu diambil untuk mengatasinya. Rakyat masih kurang berpuas hati dalam sektor perumahan, pendidikan, perubatan, penjagaan warga emas, keselamatan makanan dan ubat, serta pengagihan pendapatan. Insiden besar berlaku dalam sektor lombong arang batu, pembinaan, pengangkutan, dan ini amat menyedihkan. Kerja kerajaan masih ada kekurangan, pelbagai tindakan dan dasar pembaharuan dilaksanakan kurang berkesan. Terdapat gejala yang kurang adil dan biadab dalam penguatkuasaan undang-undang. Sebahagian pegawai awam kecuaian kerja malah berlakunya gejala rasuah. Kita patut menempuh cabaran, melaksanakan kerja kerajaan dengan bersungguh-sungguh, supaya tidak menggagalkan misi sejarah kita dan tidak menghampakan harapan rakyat.


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China