Cari:
Laporan Kerja Kerajaan (petikan)
2017-03-05 10:52:22 CRI Cetak

Para wakil,

Dalam masa setahun lalu, pembaharuan pertahanan dan tentera telah mencapai kemajuan yang besar. Pada tahun ini, negara ini akan mengintensifkan pembaharuan pertahanan dan tentera. Meningkatkan kawalan sempadan laut dan udara, menjalankan misi pengaman, membanteras keganasan dan misi menjaga keselamatan pelayaran. Meningkatkan daya inovasi sains dan teknologi pertahanan. Mendorong pembangunan ekonomi dan pertahanan yang selaras, seimbang dan inklusif.

Para wakil,

Kerajaan akan terus melaksanakan dasar "satu negara dua sistem", "orang Hong Kong mentadbir Hong Kong", "orang Makau mentadbir Makau", serta tahap automoti yang tinggi. Kerajaan akan mengetatkan penguatkuasaan perlembagaan dan Undang-undang Asas, memastikan "satu negara dua sistem" dilaksanakan dengan teguh dan betul di Hong Kong dan Macau. Kerajaan pusat akan menyokong Pegawai Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Pegawai Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Makau serta kerajaan kedua-dua wilayah ini menjalankan pentadbiran di sisi undang-undang, mengembangkan ekonomi, membaiki kehidupan penduduk, menggalakkan demokrasi dan mewujudkan keharmonian. Kami akan terus mengamalkan prinsip "satu China", memelihara "Konsensus 1992" sebagai asas politik bersama, menjaga kedaulatan dan keutuhan wilayah negara, memelihara perkembangan hubungan antara Tanah Besar dengan Taiwan yang damai, serta memelihara keamanan dan kestabilan di kawasan Selat Taiwan. Kita menentang dan menyekat kegiatan pemisahan "kemerdekaan Taiwan", tidak membenarkan sesiapa sahaja memisahkan Taiwan dari China melalui apa jua bentuk dan alasan.

Para wakil,

Ketika menghadapi perubahan mendalam dalam struktur ekonomi dan politik dunia, China akan sentiasa menjunjung keamanan, kestabilan dan keadilan, menjadi pembina keamanan dunia, penyumbang pembangunan global dan penjaga order antarabangsa. China akan terus mengekalkan jalan pembangunan yang damai, melindungi maruah dan keberkesanan mekanisme pelbagai hala, menentang fahaman perlindungan, giat terlibat dalam proses tadbir urus global, memandu globalisasi ekonomi berkembang ke arah yang lebih inklusif, saling menguntungkan, adil dan rasional. Mendorong pembentukan rangka hubungan negara besar yang stabil dan berkembang secara seimbang; mewujudkan persekitaran yang bersahabat dan mesra dengan jiran, saling mempercayai dan membangun bersama-sama; meningkatkan taraf kerjasama dengan negara-negara membangun secara menyeluruh; aktif mengemukakan cadangan bagi menyelesaikan isu hangat global dan serantau. Terus menyempurnakan sistem perlindungan hak kepentingan di luar negara dan pembinaan kemampuan diri. China bersedia bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa untuk membina hubungan antarabangsa model baharu yang berteraskan kerjasama dan menang-menang sehingga memberi sumbangan baharu bagi mencipta masa depan umat manusia yang cerah.


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China