Cari:
Laporan Kerja Kerajaan (petikan)
2017-03-05 10:52:22 CRI Cetak

6. Mempergiat pelaksanaan dasar pintu terbuka.

Mendorong pembinaan Jalur dan Laluan (B&R). Mengekalkan membincangkan bersama-sama, membina bersama-sama dan berkongsi bersama-sama. Mengintensifkan kerjasama kapasiti pengeluaran antarabangsa. Meningkatkan kerjasama dan interaksi dalam sektor pendidikan, kebudayaan dan pelancongan. Menjayakan Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R demi mewujudkan situasi menang-menang.

Mendorong pemulihan perdagangan luar ke keadaan yang stabil dan kian baik.

Membaiki suasana pelaburan bagi pelabur asing.

Mendorong liberalisasi dan kemudahan pelaburan dan perdagangan antarabangsa. Globalisasi ekonomi selaras dengan kepentingan asas pelbagai negara. China akan tidak berganjak dalam mendorong kerjasama ekonomi global, melindungi kedudukan utama mekanisme perdagangan pelbagai hala, aktif menyertai rundingan perdagangan pelbagai hala. China bersedia bersama-sama dengan ngara-negara terbabit untuk mendorong pencapaian dan pelaksanaan Protokol Penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA); menyelesaikan rundingan tentang Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dengan secepat mungkin; mendorong pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik. Terus mengadakan rundingan tentang perjanjian perdagangan pelaburan dengan negara dan kawasan yang terlibat. China ialah negara yang bertanggungjawab, sentiasa mengota janji dan akan mempertahankan hak dan kepentingan yang sewajarnya.

7. Meningkatkan pemeliharaan dan pengurusan ekologi alam sekitar.

Berusaha melindungi "langit biru". Jumlah pelepasan sulfur dioksida (SO2) dan nitrogen oksida masing-masing akan menurun 3% pada tahun ini. Ketebalan PM2.5 di kawasan utama pula hendaklah menurun dengan ketara. Pertama, terus menangani masalah pencemaran akibat kebakaran arang batu; Kedua, terus melaksanakan pengawalan dan pengurusan terhadap punca pencemaran secara menyeluruh; Ketiga, memperhebat pengurusan terhadap pelepasan gas ekzos kenderaan; Keempat, terus menangani cuaca pencemaran teruk secara berkesan; Kelima, terus mengetatkan penguatkuasaan undang-undang berkaitan alam sekitar.

Meningkatkan pencegahan dan pengawalan pencemaran air dan tanah. Jumlah permintaan oksigen kimia (COD) dan pelepasan ammonia serta nitrogen perlu berkurangan 2% pada tahun ini. Pencegahan dan pengawalan pencemaran air di kawasan aliran penting dan kawasan pertanian perlu terus dilaksanakan dengan berkesan.

Mendorong perlindungan dan pembinaan ekologi.


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China