Cari:
Laporan Kerja Kerajaan (petikan)
2017-03-05 10:52:22 CRI Cetak

BAHAGIAN III: MISI UTAMA PADA TAHUN 2017

1. Mengambil tindakan pembaharuan untuk mempergiat langkah "tiga mengurangkan, satu menurunkan, dan satu membaiki".

Mengurangkan kapasiti pengeluaran secara berkesan. Pada tahun ini, negara kita akan mengurangkan pengeluaran besi dan keluli sejumlah 50 juta tan, dan arang batu sejumlah 150 juta tan ke atas. Pada masa yang sama, mengurangkan janakuasa elektrik dari loji janakuasa yang menggunakan arang batu sebanyak 50 juta kilowatt ke atas, bagi mencegah risiko daya pengeluaran berlebihan dalam sektor janakuasa elektrik dengan menggunakan arang batu, meningkatkan keefisienan syarikat elektrik yang masih menggunakan arang batu, dan memberikan peluang kepada pembangunan tenaga bersih.

Mengurangkan simpanan dalam pasaran hartanah mengikut keadaan sendiri pelbagai bandar. Kini, simpanan dalam pasaran hartanah di pelbagai bandar peringkat ketiga dan keempat masih banyak, kita perlu memenuhi keperluan kediaman penduduk, dan mengekalkan sifat rumah sebagai tempat kediaman. Kerajaan pelbagai tempat perlu bertanggungjawab untuk membentuk dan menyempurnakan mekanisme jangka panjang yang berkesan bagi menggalakan pembangunan pasaran hartanah yang stabil lagi sihat.

Mengurangkan penuilan (Deleveraging) secara mantap dan berperingkat, khususnya mengurangkan penuilan pelbagai syarikat, menurunkan kebergantungan terhadap pinjaman dan menggalakkan penyahaman aset syarikat, menurnkan hutang syarikat ke tahap yang rasional.

Mengambil pelbagai tindakan untuk menurunkan kos. Pelbagai jabatan kerajaan dan syarikat perlu menerima kerugian kecil untuk mewujudkan kepentingan yang lebih besar, supaya syarikat-syarikat China dapat berkembang tanpa beban yang besar, sehingga mewujudkan kelebihan baharu negara kita dalam persaingan antarabangsa.

Membaiki kelemahan secara bersasaran. Meningkatkan daya sokongan bagi perkhidmatan awam, kemudahan infrastruktur, pembangunan berdasarkan inovasi serta sumber dan alam sekitar.

Kawasan miskin dan penduduk miskin merupakan kelemahan yang paling besar dalam usaha mewujudkan masyarakat kaya secara menyeluruh. Kita perlu melaksanakan langkah pembasmian dan bantuan kemiskinan yang tepat, membantu lebih 10 juta orang di kawasan luar bandar terlepas daripada kemiskinan, membantu 3.4 juta orang miskin berpindah pada tahun ini. Peruntukan khas pembasmian kemiskinan dalam kewangan pusat akan meningkat 30% ke atas.


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China