Taman Landskap yang baru selesai dibina memperlihatkan pemandangan yang indah permai di bandar Handan, provinsi Hebei pada musim luruh sekarang ini.
Lokasi ini pernah merupakan lapangan sampah dan tapak tinggalan perindustrian pada masa dulu. Dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem yang dijalankan kerajaan setempat bersama syarikat pembinaan berkenaan, tempat ini telah diubah menjadi sebuah taman yang mempunyai 7 zon seperti zon kebudayaan dan pelancongan serta zon perlindungan tanah paya, dan 13 tapak pameran kota yang berkaitan dengan sejarah dan budaya negeri Yan serta Zhao, dan turut menjadi tarikan kepada penduduk tempatan untuk bersantai dan bercuti.