Wuxi Memperlihatkan Pembangunan China kepada Tetamu Asing
Minggu lalu kampung Satria, bandar Wuxi tiba-tiba menjadi terkenal di arena antarabangsa selepas dikunjungi Menteri Luar Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Turki, Oman, Iran serta Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Ketua Penyelaras Rundingan Perdagangan Bebas GCC serta Penasihat Luar Presiden Perancis.
Menteri Luar China Wang Yi telah bertemu dengan mereka di sana secara berturut-turut sepanjang minggu lalu.
Sedikit fakta, Wu Xi letaknya berdekatan dengan Tasik Tai dan Sungai Yangtze, bukan metropolis, dan dengan berpopulasi hanya 7 juta orang saja, ia boleh disifatkan sebagai bandar peringkat ketiga di China.
Bagaimanapun, bandar ini mesra dengan industri dan perdagangan sejak dari zaman Dinasti Qing, selain turut menjadi pusat perniagaan tekstil dan beras. Oleh itu, bandar ini digelar sebagai bandar “penuh dengan air dan keramahan”.
Tahun 1920an, usahawan swasta di Wuxi menjadi pengasas industri China. Seiring dengan pembaharuan dan pintu terbuka China, sekumpulan besar perusahaan kecil dan sederhana dari kawasan desa di sini mencapai kemakmuran.
Tetapi, masalah pencemaran air terhadap Tasik Tai turut sama muncul seiring dengan perkembangan industri pada belasan tahun ini.
Wuxi sekali lagi tanpa berlengah terus mengadaptasi diri dengan situasi, menutup ribuan kilang dan mengembangkan industri teknologi tinggi, seperti cip elektronik. Menarik pelaburan banyak syarikat antarabangsa terkenal seperti Sony, ASML, Hynix dan Murata Elektronik.
Di China terdapat kira-kira 200 buah mesin litogrtaf DUV yang digunakan untuk mengeluarkan cip, dan kira-kira separuh daripadanya ditempatkan di Wuxi.
Secara diam-diam, kampung Satria telah menduduki No.1 dalam senarai GDP per kapita di seluruh negara pada tahun lalu!
Dalam penyelidikan bandar pintar dunia anjuran Intel pula, Wuxi menduduki No.17 di seluruh dunia dan No.1 di China.
Pembangunan Wuxi sebenarnya mencerminkan pembangunan China dalam satu abad ini. Satria yakin para tetamu dari luar negara telah menyaksikan kejayaan kawalan wabak dan kedinamikan ekonomi China melalui pengalaman mereka di Wuxi.
Pembangunan China ibarat air, mampu mengubahsuaikan diri dengan perkembangan terkini, dan juga penuh keramahan, mengalu-alukan semua rakan kerjasama untuk mengongsikan peluang pembangunan.
Kali ini, Satria juga memberi tumpuan kepada pengumuman bersama Kementerian Luar China dan Sekretariat GCC yang sebulat suara menamatkan rundingan perdagangan bebas dengan secepat mungkin.
Meskipun menghadapi pandemik, tapi dengan kawalan wabak yang berjaya, GDP China pada tahun 2021 menyaksikan pertumbuhan sebanyak 8.1%, mencatat USD18 trilion.
Pemulihan ekonomi menjadi cabaran besar bagi dunia menghadapi pandemik berlarutan lebih 2 tahun. Pembangunan ekonomi China adalah penting kepada kestabilan ekonomi global dan rantaian bekalan antarabangsa.
Keperluan besar dan berbagai dari pasaran China juga menjadi peluang penting bagi pelbagai negara untuk memulihkan pembangunan.
Ini kumpulan pertama tetamu dari luar yang melawat China pada tahun 2022. Satria yakin lebih ramai tetamu akan tertarik ke bandar-bandar berbeza di China seterusnya, untuk menyaksikan keadaan sebenar di negara ini, bukan saja di metropolis seperti Shanghai, Beijing dan Shenzhen saja, menambah keyakinan mereka terhadap ekonomi China, sekali gus membincangkan kerjasama yang menang-menang antara China dengan dunia.