Melatih Hoki Ais Sejak Kecil

2022-03-04 10:17:36  CRI
Share with:


Koleksi gambar ini memperlihatkan kanak-kanak sedang melatih hoki ais di Gelanggang Ais Shichahai Beijing. Mereka mengambil, mengawal, merebut dan memukul puck menggunakan kayu hoki dengan raut wajah ceria.

Seiring dengan penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022, semakin ramai ibu bapa menggalakkan kanak-kanak mereka terlibat dalam sukan ais dan salji bagi memupuk semangat berpasukan, membina keyakinan diri dan membina kekuatan fizikal.

Statistik Biro Sukan Bandar Beijing menunjukkan jumlah gelanggang ais dan salji di bandar ini mencatat 114 lokasi pada masa ini, banyak bertambah berbanding dengan 64 lokasi pada masa sebelum Beijing dipilih menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. 

Pada masa ini, sebanyak 200 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh Beijing menawarkan kursus sukan ais dan salji.