Bersatu-padu Macam Biji-biji Buah Delima
Ketika anak Satria diminta guru untuk menulis karangan mengenai etnik minoriti di China, tajuk yang dipilihnya adalah tentang etnik Tujia. Tajuk itu dipilih adalah kerana seorang kawan rapatnya sejak kecil adalah etnik Tujia.
Pada akhir karangan itu, ada soalan berbunyi, “bagaimana mengibaratkan perpaduan 56 etnik kita?” Saya fikirkan sebentar dan jawab “macam biji buah delima”.
Kiasan ini pernah diujar oleh Waska, warga emas etnik Kazakh pada tahun 2009.
Ahli keluarganya dari etnik Uygur, Daur, Xibo dan Han. Beliau berkata, pelbagai etnik adalah sekeluarga, sama macam biji-biji buah delima yang saling berpeluk rapat.
Kiasan ini juga telah banyak kali dipetik oleh Presiden Xi mengenai hubungan pelbagai etnik di sini.
Ketika menyertai pembahasan delegasi Mongolia Dalam dalam Kongres Rakyat Kebangsaan yang sedang diadakan di sini kelmarin, beliau sekali lagi memetik kiasan ini dan menggalakkan pelbagai etnik berpeluk rapat seperti biji-biji buah delima dalam keluarga bangsa China.
Para wakil Kongres Rakyat Kebangsaan dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat dari pelbagai etnik datang ke Beijing pada setiap Mac untuk membahaskan kerja kerajaan dan mengemukakan cadangan masing-masing mengenai pembangunan negara, sekali gus memperlihatkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai anggota keluarga bangsa China
Tahun ini, fokus Satria tertumpu kepada Dolaitiman Kaimike dari etnik Tajik yang terpilih untuk menggantikan Lachini Bayika sebagai wakil Kongres Rakyat Kebangsaan.
Dalam hantaran tahun lalu, Satria pernah memperkenalkan Lachini Bayika merupakan anggota pasukan peronda sempada di Xinjiang. Pada awal tahun lalu, iaitu menjelang datang ke Beijing untuk menyertai Kongres Rakyat Kebangsaan, beliau terkorban ketika cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terjatuh ke dalam tasik.
Dalam tempoh Lachini Bayika melaksanakan tugas sebagai wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China, beliau telah mengemukakan 12 usul dan cadangan.
Cadangan terakhir yang tak sempat diserahkan kepada Kongres Rakyat Kebangsaan adalah meningkatkan perkhidmatan kesihatan untuk para peronda sempadan.
Setelah terpilih sebagai anggota Kongres Rakyat Kebangsaan untuk menggantikan Lachini Bayika, Dolaitiman Kaimike juga banyak mengunjungi komuniti di kampung halamannya berdekatan dengan sempadan dan mendapati kanak-kanak tempatan belajar di sekolah yang moden, ramai penduduk kampung telah membeli kenderaan sebab jalan raya dilengkapi ke datangan tinggi.
Malah katanya, kehidupan penduduk pelbagai etnik tempatan semakin baik dengan perkembangan pelancongan.
Jadi untuk sidang kali ini, Dolaitiman ingin membawakan cadangan agar fasiliti awam ditingkatkan untuk menyokong perkembangan pelancongan di sempadan Xinjiang.