China Perlu Genggam Benih dalam Tangan Sendiri

2022-04-12 17:17:44  CRI
Share with:

Pada tahun 1904, orang New Zealand mendapati benih sejenis buah di Yunnan China dan membawa balik untuk ditanam.

Benih itu menghasilkan sejenis buah yang sangat popular di pasaran dunia, iaitu kiwi.

Tapi kalau orang China nak menanam kiwi, kami perlu membayar kos paten kepada New Zealand.

Ya, dengan monopoli beberapa koperasi benih dan bijiran terbesar dunia, sekarang kaum tani kami pun tak boleh simpan dan tanam benih itu. Lebih dari itu, kami juga harus membayar untuk dapatkan benih!

Menghadapi krisis makanan yang sudah pasti lagi teruk tahun ini ekoran beberapa faktor, keselamatan benih menjadi masalah penting, khususnya bagi China yang populasinya menduduki 21% dari dunia tapi tanah pertanian hanya menduduki 7% di dunia.

Bagi China dan juga kebanyakan negara di dunia, keutamaan adalah tertumpu kepada menjamin keselamatan benih di samping meningkatkan peruntukan penyelidikan dan pembiakan benih yang kapasiti pengeluarannya lebih tinggi.

Tahun lalu, seluruh China berduka cita atas pemergian Yuan Longping. Sumbangan beliau yang luar biasa adalah meningkatkan kapasiti pengeluaran padi di China dari kira-kira 25 kg sehektar kepada kepada 88 kg sehektar!

Kini, pengeluaran padi dan gandum di China mampu mencukupi untuk rakyat China, tapi pelbagai tanaman lain seperti kacang soya, jagung dan sayur-sayuran pula masih bergantung kepada benih yang diimport dari koperasi antarabangsa.

Kebanyakan negara di dunia juga menghadapi keadaan yang sama. Jikalau menghadapi keadaan cemas seperti perang atau Barat mengeluarkan sekatan sepihak, majoriti penduduk di dunia akan kelaparan.

Jadi mengapa beberapa koperasi antarabangsa mampu monopoli bekalan bijir-bijiran sedunia?

Satria ambil “MONSANTO” yang amat terkenal sebagai contoh.

Ya, koperasi Amerika yang dulu bekerjasama dengan Fort Detrick mengeluarkan agen oren dan menggunakan secara besar-besaran sebagai senjata kimia dalam Perang Vietnam.

Dulu, MONSANTO mengeluarkan racun seranggga dan ia juga menggunakan peruntukan besar untuk mengadakan kajian benih transgenosis.

Setelah berjaya mengeluarkan biji-bijiran kapas transgenosis yang kapasiti pengeluarannya ditingkatkan, MONSANTO mulai mencari kepentingan yang lebih besar dari peruntukan.

Ia membeli syarikat benih terbesar di India, lalu mempromosikan benih ke 95% ladang kapas di negara itu.

Tentulah kaum tani mendapati pungutan baik. Tapi, harga kapas pula menurun secara besar-besaran, manakala kaum tani perlu membayar kos paten yang mahal kepada MONSANTO.

Kalau tidak membeli benih MONSANTO, kapasiti pengeluaran pun jauh lebih rendah berbanding orang lain. Akhirnya ramai kaum tani tempatan dibebankan dengan hutang yang berat.

Filem Dokumentari “Bitter Seeds” yang ditayangkan pada tahun 2018 mendedahkan, sejak benih MONSANTO dibawa ke India hingga 2011, terdapat 300 ribu petani kapas tempatan membunuh diri ekoran tidak mampu memikul hutang yang berat.

Keadaan yang sama juga pernah berlaku di China.

Pada tahun 1990-an, pengeluaran kapas China berkurang secara mendadak ekoran bencana serangga. MONSANTO segera menyediakan benih kapas mereka kepada China, tapi China perlu membanyar kos paten yang tinggi.

Bagaimanapun, dengan teknologi transgenosis yang tinggi, kapas yang menggunakan benih MONSANTO sangat anti-serangga. Oleh itu ia menduduki 93% kuota pasaran China dalam tempoh dua tahun saja.

Kalau ikut jalan cerita di India, kaum petani kapas China mesti menghadapi kemalangan juga.

Tapi yang amat bertuah, kerajaan China menyedari risikonya dan menggalakkan penyelidikan benih transgenosis sendiri dan akhirnya berjaya menggantikan MONSANTO. Tapi proses ini memakan masa 11 tahun.

MONSANTO memegang lebih 1700 jenis benih transgenosis dan ini menduduki lebih 80% di dunia. Benih menjadi senjata hebat mengawal ekonomi negara lain.

Pada tahun 1990-an, MONSANTO mulai menyediakan benih kacang soya yang murah kepada Argentina dan ini cepat menghancurkan syarikat-syarikat benih tempatan. Dengan keuntungan yang tinggi, banyak ladang peternakan, gandum dan jagung di negara itu pula menjadi ladang kacang soya.

Tapi hingga tahun 2000-an, MONSANTO menyatakan para petani perlu membayar paten untuk mendapat benih lagi. Setelah ditolak, MONSANTO menuntut semua pihak yang mengimport kacang soya transgenosis dari Argentina perlu membayar paten kepada Amerika!

Pada masa itu, pengeksportan kacang soya telah menjadi tonggak ekonomi Argentina, ekonomi negara itu berjaya terkawal oleh koperasi Amerika.

Untuk mengelakkan kemalangan India dan Argentina, China perlu ‘genggam benih’ dalam tangan sendiri.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, China meningkatkan peruntukan untuk penyelidikan pembiakan benih, membeli koperasi SYNGENTA Swiss iaitu salah satu daripada enam koperasi benih terbesar di dunia pada tahun 2017 dengan USD43 bilion. Ini juga pembelian terhadap syarikat seberang laut yang terbesar dalam sejarah China ketika itu.

Meskipun SYNGENTA hanya menduduki 7% kuota dalam perniagaan benih dunia dan masih jauh berbanding koperasi gergasi dari Amerika dan Jerman, tapi ini membawa banyak paten, pangkalan pengeluaran dan penyelidikan kepada China, menjadi asas jaminan keselamatan benih China pada masa depan.

Situasi pasaran antarabangsa pula mengalami perubahan besar pada beberapa tahun ini, MONSANTO dibeli oleh koperasi BAYER Jerman. Monopoli koperasi Barat terhadap pasaran benih dunia semakin meningkat.

BAYER dari Jerman menduduki 29% kuota di pasaran antarabangsa manakala CORTEVA dari AS menduduki 21%.

Kita negara-negara membangun seharusnya lebih berwaspada, khususnya menghadapi situasi antarabangsa pancaroba buat masa ini.