Timba Pengalaman Pentadbiran Global dari Peribahasa Melayu

2022-04-22 16:18:31  CRI
Share with:

“Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.” “Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai.”

 

Dua peribahasa Melayu ini dikutip oleh Presiden China Xi Jinping dalam ucaptama Perasmian Forum Asia Boao bagi mengongsikan kepintaran Timur dalam hubungan serantau. 

 

Bagi penduduk Asia yang pernah menderita akibat pelbagai perang dan kesengsaraan, kita amat menghargai kedamaian dan pembangunan.

 

Dalam puluhan tahun ini, rantau Asia berjaya mengawal kestabilan dan pembangunan ekonomi yang pesat, sekali gus membuahkan “keajaiban Asia”. 

 

Selain semangat kerjasama yang dicerminkan dalam peribahasa Melayu, faktor kepintaran Timur juga terbukti dengan “Semangat Bandung” dilahirkan di Jakarta dan “Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai” yang dikemukakan secara bersama oleh China, India dan Myanmar.

 

Inti patinya adalah untuk mencari titik persamaan dan mengetepikan perbezaan agar dapat menjamin kedamaian yang kekal abadi. 

 

Para peserta Persidangan Bandung terdiri daripada puluhan negara dari Asia dan Afrika. Kesemuanya mempunyai tamadun yang berbeza, agama yang berbeza, pakaian yang berbeza dan warna kulit yang berbeza.

 

Kebanyakan negara baru mengecapi kemerdekaan dari penjajahan Barat dan namun menghadapi ancaman Perang Dingin antara NATO dan Pertubuhan Perjanjian Warsaw (WTO). 

 

Buat pertama kalinya, “majoriti yang diam” di dunia ini mempunyi platform supaya suara kita kedengaran dunia iaitu menolak pertentangan dan mengejar kedamaian. 

 

Bagaimanapun, suara ini sebenarnya pula tidak begitu mudah untuk dikeluarkan.

 

Jangan lupa perisitiwa “Kashmir Princess”. Pesawat yang membawa delegasi China ke Jakarta diletupkan dalam perjalanan, 11 orang terkorban. 

 

Sungguh bertuah, perjuangan kita tidak terputus tatkala menghadapi ancaman dan kini kita telah menyumbangkan pendekatan pembangunan Asia, khususnya di rantau Asia Timur yang mengutamakan peranan ASEAN. 

 

Berbeza dengan kerjasama model Barat yang sebenarnya didalangi oleh satu kuasa terbesar, ASEAN merupakan kuasa sederhana di rantau Asia Timur. 

 

Namun, ia telah berusaha membulatkan suara sepuluh negara anggota, secara tidak langsung mendapat penghargaan dan sokongan kuasa besar di rantau ini. 

 

Dengan kepelbagaian anggotanya, ASEAN amat bijak memainkan peranan selaku jejambat bagi menyelaraskan kepentingan pelbagai negara serantau. 

 

Kita ibarat menaiki kapal secara bersama, berlayar dalam gelombang berikutan pandemik dan situasi antarabangsa buat masa ini.

 

Niat jahat untuk menghumban sesiapa pun ke dalam laut tidak boleh diterima. Dengan kerjasama, kita mesti mampu bersama-sama mencipta masa depan yang cerah. 

 

Ketika pembangunan serantau membuahkan pencapaian cemerlang, sitausi di rantau yang lain seolah-olah kembali ke puluhan tahun yang lalu. 

 

Pertentangan antara NATO dengan Rusia kini kembali, bahkan menjadi lebih dahsyat sehingga tercetusnya perang. 

 

Kita Asia bukan sahaja perlu mengawal kerjasama, kedamaian dan perpaduan untuk menjamin pembangunan berterusan serantau, malah perlu berusaha menyumbangkan kepintaran Asia untuk penyelesaian masalah global. 

 

Kita berusaha menjayakan RCEP, supaya ikatan perdagangan multilateral menjadi lebih erat.

 

Kita mencadangan kerjasama “Inisiatif Jalur dan Laluan” supaya kesaling hubungan mendalam dari infrastruktur ke hati rakyat.

 

Kita menyeru mencari kesamaan dan mengetepikan perbezaan, supaya membentuk struktur keselamatan yang seimbang, berkesan dan berterusan, mengawal kedamaian dan pembangunan bersama, bukan melalui mengancam kepentingan dan keselamatan negara ini.