Fahami Ibu Bapa Melalui Buku “A Lifelong Journey”

2022-04-25 16:54:08  CRI
Share with:

Hujung minggu lalu adalah Hari Buku Dunia, Satria tertanya-tanya kepada kawan-kawan melalui media sosial apa buku sedang dibaca?

 

Ada yang jawab sudah lama tiada waktu untuk membaca, ada yang jawab sedang membaca novel bersiri di internet, tapi juga terdapat beberapa orang menyentuh “A Lifelong Journey”, satu novel panjang yang diadaptasi menjadi drama TV dan ditayangkan pada awal tahun ini di China.

 

Ia menceritakan pengalaman sebuah keluarga dalam 50 tahun yang lalu.

 

Ahli keluarganya telah mengalami gerakan kaum belia ke kawasan desa, pemulihan peperiksaan universiti, pembaharuan, perkembangan peniagaan swasta, pembaikan kampung lama dan lain-lain. Tapi, mereka selalu optimis berjuang untuk kehidpuan lebih baik.

 

Drama TV ini bukan sahaja menarik minat generasi ibu bapa Satria yang sendiri telah mengalami zaman tersebut, malah juga golong belia.

 

Berdasarkan statistik penonton, golongan berumur 30 tahun ke bawah menduduki kira-kira separuh.

 

Ramai antara mereka telah mencari novel itu untuk dibaca setelah menonton drama TV.

 

Bagi Satria, sebuah novel yang menggambarkan pengalaman ibu bapa bahkan datuk nenek kami berjaya menarik tumpuan generai muda adalah berikutan terdapatnya jurang yang besar kehidupan mereka berbanding masa ini.

 

Dan yang menjadi paling menarik bagi mereka ialah berpeluang untuk memahami gaya kehidupan ibu bapa yang nampaknya sama sekali berlainan dengan kami.

 

Seperti yang sudah banyak kali Satria kongsikan, ketika masih kecil, kehidupan di China masih amat sengsara.

 

Dalam kenangan Satria, ice lollipop dijual dalam ketik kayu dibawa oleh basikal dan disimpan dengan kuilt kapas, sebutir gula arnab putih pula menjadi hadiah yang amat berharga, dan elemen-elemen ini semua sama seperti apa yang digambarkan dalam novel itu.

 

Pembekalan barangan keperluan harian adalah berkuota. Ada wang cukup pun tidak berguna, perlu ada tiket bahan makan, tiket daging, tiket basikal, tiket TV dan lain-lain.

 

Ini juga menjadikan sifat ibu bapa kami yang sangat berjimat-cermat..

 

Meskipun kini pembasmian kemiskinan telah berjaya di seluruh negara China, tapi ibu bapa Satria tetap mengawal kebiasaan tersebut.

 

Gaya hidup minimalisme amat popular pada beberapa tahun. Kononnya kalau barangan yang tak digunakan dalam tempoh setahun yang lalu adalah tidak berguna dan boleh dibuangkan.

 

Tapi setiap kali Satia membuang sekumpulan barangan ketika mengemas, ibu bapa pasti akan datang dan memilih sekali lagi serta mengambil balik banyak barangan yang dirasakan masih berguna.

 

Menurut mereka, barangan itu mungkin diperlukan pada bila-bila masa, patut disimpan.

 

Satu lagi, meskipun bekalan di pasar raya sangat mencukupi, tapi ibu bapa suka memenuhi peti ais di rumah dan menanam sayur-sayuran di rumah diri.

 

Ambil contoh, ibu bapa telah menanam bawang putih dalam botol air di rumah. Tapi kita tahu bawang putih amat bau, Satria telah beberapa kali minta ibu jangan menanam lagi, kalau membeli yang segar pula beberapa yuan saja.

 

Nak tahu jawapan ibu? Beliau akan jawab, “tunggulah satu dua hari lagi, nanti petik daunnya untuk menggoreng dengan daging.”

 

Bagi Satria, ini sebenarnya mencerminkan perkembangan sosioekonomi China yang terlalu pesat sehingga perubahan kebiasaan telah ketinggalan.

 

Pada masa yang sama, membaca novel ini mungkin juga membantu generasi muda memahami kehidupan yang stabil dan mencukupi pada masa ini bukan terwujud dengan mudah, ia berpunca usaha luar biasa generai ibu bapa kami dan kerajaan.

 

Meskipun kini kita hidup dengan aman dan bahagia, sudah biasa menikmati kehidupan moden. Tapi di dunia ini majoritinya masih mengalami kesengsaraan yang dihayati generasi ibu bapa kami.

 

Khususnya menghadapi pandemik dan situasi antarabangsa yang rumit, impak terhadap kehidupan kita semua pun sudah boleh dihayati.

 

Jikalau kejadian cemas juga berlaku di sini, adakah kita masih bersemangat berjuang seperti generai ibu bapa untuk mengawal kestabilan dan pembangunan negara?