Xi Jinping, Olaf Scholz Bincang Hubungan Dua Hala, Isu Ukraine

2022-05-09 21:51:28  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan Canselor Jerman, Olaf Scholz mengadakan sidang secara maya pada petang Isnin.

Xi dalam ucapannya menyatakan bahawa China dan Jerman sebagai negara besar berpengaruh, perlu mengekalkan hubungan dua hala yang sihat dan stabil bagi memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, sekali gus memberi sumbangan penting bagi keamanan dunia.

“China memperkasa pola pembangunan baharu yang dijangka akan menyediakan peluang pasaran yang lebih luas kepada pelbagai negara termasuk Jerman.

“Jerman dialu-alukan terus menyokong dan menyertai inisiatif pembangunan serta keselamatan global, di samping mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan,” tegas Xi

Beliau berkata, China turut menyokong Kesatuan Eropah (EU) yang berautonomi strategik.

Jelas Xi, hubungan China-EU tidak menyasarkan, bergantung pada dan disekatkan oleh mana-mana pihak ketiga.

 

Scholz dalam ucapannya pula menyatakan pihaknya mengalu-alukan China untuk terus berusaha meningkatkan pintu terbuka yang akan membawa lebih banyak peluang kepada Jerman.

Beliau berkata, Jerman juga bersedia meningkatkan interaksi dan penyelarasan dengan China dalam pelbagai bidang sehingga mendorong pembanguan positif hubungan Eropah dengan China.

Antara lain yang dibincangkan secara mendalam oleh pemimpin kedua-dua negara adalah mengenai situasi Ukraine.

Xi menekankan bahawa China sentiasa menyokong keamanan dan kebenaran.

Justeru katanya, China akan membuat keputusan secara berdikari, mendorong ke arah usaha rundingan serta meredakan ketegangan situasi melalui cara sendiri.

“China menyokong Eropah memainkan peranan positif dalam mendorong rundingan damai, secara tidak langsung mendorong pembentukan rangka keselamatan Eropah yang seimbang, berkesan dan mampan.

“China juga mengalu-alukan sebarang usaha dilakukan masyarakat antarabangsa untuk mendorong dan menyokong Rusia dan Ukraine merealisasikan keamanan melalui rundingan,” kata Xi.