Pemerhati Padang: Zootopia di Kampung Halaman Harimau Bintang Salji

2022-05-10 13:52:05  CRI
Share with:

Adakah anda pernah melihat harimau bintang salji? Bukit Qilian di sempadan provinsi Qinghai dengan provinsi Gansu di barat laut China dipanggil kampung halaman kepada haiwan liar itu.

 

Bagaimana jejak "raja gunung salji" itu dikesan? Terdapat sejenis pekerjaan baharu, iaitu pemerhati padang yang mengumpulkan data pergerakan haiwan liar dan memanfaatkannya dalam pengajian saintifik haiwan berkenaan.

 

Douke, bekas pengawal ekologi Taman Kebangsaan Bukit Qilian yang tidak pernah mengambil jurusan yang berkaitan dengan haiwan liar, berubah menjadi pemerhati padang setelah mengikuti sejumlah latihan profesional. Ini disebabkan kegemarannya terhadap haiwan.

 

Biasanya kamera inframerah diletakkan di tempat yang tersembunyi. Apabila memeriksa kamera itu, Douke perlu mengambil pelbagai jenis pengangkutan termasuk kereta, motosikal selain perlu berjalan kaki ke gunung setinggi lebih 4,000 meter dari paras laut.

 

Dalam tempoh enam bulan, kamera inframerah mungkin habis bateri, terbalik atau dibawa lari haiwan. Setiap kali mencari kamera inframerah adalah suatu cabaran. Namun, apabila melihat gambar yang direkodkan kamera inframerah, Douke berasa gembira.

 

"Setiap kali berjalan kaki ke gunung, saya berasa balik ke Zootopia saya", kata Douke.