Keluasan Pameran Firma Asing dalam CAEXPO Meningkat

2022-07-27 13:43:43  CRI
Share with:

Jumlah keluasan pameran firma asing untuk Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-19 meningkat,

CAEXPO kali ini mempunyai lima tema utama, iaitu perdagangan komoditi, kerjasama pelaburan, teknologi maju, perdagangan perkhidmatan, "Negara dan Bandar Menarik".

Pada masa yang sama, ruangan pameran produk unggul dari ASEAN dan RCEP didirikan untuk memaparkan imej negara, produk istimewa dan projek kerjasama.

Setakat ini, Vietnam dan Laos telah menyelesaikan perekaan bentuk ruang pameran negara, manakala Malaysia dan Thailand telah memasuki fasa pemilihan syarikat.  

CAEXPO ke-19 akan diadakan di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi pada 16 hingga 19 September. Pameran akan diadakan secara hibrid.