Pakar Pertanian Cadang CPPCC Beri Lebih Sumbangan Modenisasi

2023-02-24 15:02:21  CRI
Share with:

 


Chai Shouxi, profesor dari Kolej Pertanian Universiti Pertanian Gansu, barat laut China, sentiasa memberi fokus terhadap usaha peningkatan bijirin di kawasan sejuk dan kemarau.

Melalui usaha selama beberapa tahun, beliau dan pasukan penyelidikannya telah meneroka teknik pengeluaran hijau, iaitu sokongan terhadap pembangunan hijau pertanian di kawasan sejuk dan kemarau di barat laut China.

Teknik tersebut bukan sahaja boleh mengurangkan kos, malah boleh mendorong penggunaan kitar semula yang berkeefisienan tinggi terhadap jumlah besar jerami lebihan, di samping mengurangkan pencemaran filem plastik dan udara akibat pembakaran jerami.

Menjelang perasmian persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Chai sebagai ahli CPPCC baharu sedang berusaha membuat persiapan untuk mengemukakan cadangan dalam CPPCC supaya memberi lebih banyak sumbangan bagi modenisasi pertanian dan strategik kebangkitan kawasan desa secara menyeluruh.