DSAI Akan Kongsi Pengalaman Malaysia di Forum Asia Boao

2023-03-29 15:46:28  CRI
Share with:


Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (DSAI) memulakan lawatan rasmi ke China hari ini.

 

Sudah lima tahun sejak lawatan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir ke China pada 2018. Bagaimanapun, dunia telah banyak berubah dalam tempoh lima tahun ini.

 

Ini termasuk pandemik COVID-19 dan konflik geopolitik yang melanda dunia.

 

Namun, tatkala dunia mengalami gempa dahsyat, Asia masih terus mempamerkan kestabilan dan trend pembangunannya. Bukan hanya hubungan China-ASEAN menjadi semakin kukuh, malah situasi di Asia Barat pula berkembang ke arah mereda.

 

Destinasi pertama dalam agenda PM adalah menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian Forum Asia Boao, manakala tema untuk tahun ini adalah, “An Uncertain World, Solidarity and Cooperation for Development amid Challenges”.

 

Ini sebenarnya telah memberi penyelesaian Asia terhadap kacau bilau yang sedang berlaku di dunia.

 

Bersatu-padu, bekerjasama, terbuka dan inklusif, ini keunggulan tamadun Timur yang berbeza dengan Barat.

 

Tamadun Barat berasaskan budaya tunggal yang berasal dari Greek dan Rom yang kuno, agama tunggal yang berasal dari Jesus bahkan etnik yang sama.

 

Ini menjadikan Barat biasanya menggunakan pendekatan yang kasar untuk menyelesaikan masalah yang rumit di dunia ini.

 

Misalnya untuk mengekang pembangunan China dan mengawal kepentingan di Asia Pasifik, Amerika, Britain dan Australia memilih menubuhkan AUKUS. Dan langkah pertama dalam rangka mekanisme yang jelas berasaskan pengiktirafan tamadun orang putih ini adalah menyediakan kapal selam nuklear kepada Australia.

 

Kita telah menyaksikan sikap keras Barat mengenai isu nuklear Iran dan Korea Utara. Kawalan ketat nuklear juga disokong oleh dunia termasuk China dan ASEAN. ASEAN komitmen untuk menubuhkan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara. China pula menjadi negara satu-satunya yang telah berjanji tidak akan menggunakan senjata nuklear terlebih dahulu.

 

Tapi perjanjian kapal selam nuklear ini merupakan kali pertama negara yang memiliki senjata nuklear menyediakan uranium berperingkat senjata kepada sebuah negara yang belum memiliki senjata nuklear.

 

Berbeza dengan uranium yang digunakan dalam loji janakuasa nuklear, bahan uranium yang digunakan dalam enjin kapal selam Amerika dan Britain berpotensi tinggi dan boleh digunakan untuk mengeluarkan senjata nuklear.

 

Mungkin bagi Barat, menggunakan senjata nuklear untuk memusnahkan tamadun yang lain mampu memberi jaminan muktamad bagi keselamatan dan kepentingan orang putih.

 

Tapi, fikiran kita orang Timur adalah berbeza, dan Malaysia pula masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum serta agama. Kerajaan yang ditubuhkan oleh DSAI adalah Kerajaan Perpaduan dan sasaran pembangunan Malaysia adalah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

 

Satria yakin DSAI bersedia mengongsikan pengalaman dan kejayaan Malaysia untuk menangani pelbagai pertikaian dan kepentingan yang rimat dan mengekalkan perpaduan dengan dunia. Dan yang lebih penting, suara ini patut didengari oleh dunia.