BRI Bantu Selesaikan Ribut Pasir Rentas Sempadan
Ribut pasir dari Mongolia melanda bahagian utara ke selatan China, dan Korea serta Jepun juga turut terkena. Ini turut membuktikan kita memang berada dalam satu komuniti berkongsi nasib.
Satria masih ingat ketika datang ke Beijing pada lebih 20 tahun yang lalu, ribut pasir kerap kali melanda pada musim bunga. Bagaimanapun, setelah ditangani secara serius oleh kerajaan dan usaha bersama dari seluruh masyarakat, ia sudah jarang berlaku pada beberapa tahun ini.
Tapi, ini tidak membantu menghadapi ribut pasir rentas sempadan. Penyelesaiannya perlu kerjasama antarabangsa.
Ketika Presiden Mongolia, Ukhnaagiin Khurelsuh melawat China pada hujung tahun lalu, penanganan penggurunan dan pembangunan hijau menjadi satu topik utama dalam rundingan bilateral.
Ukhnaagiin Khurelsuh mahu menghantar pakar ke China untuk mempelajari pengalaman, sebab ribut pasir telah menjejaskan ekologi, ekonomi dan kehidupan negara itu, selain turut memberi kesan besar kepada negara-negara jiran termasuk China.
Penggurunan di Mongolia secara amnya berasal daripada peternakan. Peternakan merupakan tiang utama bagi ekonomi negara itu. Namun, peternakan di sana masih sangat ketinggalan, iaitu membiarkan kambing meragut rumput saja di padang rumput.
Yang paling teruk, kapasiti padang rumput di negara itu adalah hanya untuk kira-kira 50 juta ekor ternakan, tapi jumlah sebenarnya telah melebihi 70 juta ekor. Antaranya kebanyakannya adalah kambing. Berbeza dengan ternakan yang lain, kambing biasanya makan rumput hingga ke akar.
Ditambah lagi dengan taburan hujan yang sangat sikit di negara itu, penggurunan telah melibatkan kira-kira 75% wilayah negara itu.
Keadaan di Mongolia Dalam China dulu hampir sama, tapi kini banyak kawasan penggurunan di sana kembali menghijau semula. Antaranya pembangunan hijau di padang pasir Kubuqi yang ke-7 terbesar di China telah menjadi teladan dipromosikan oleh PBB, tercatat dalam resolusi COP11 dan COP13.
China telah menyediakan kursus penanganan penggurunan kepada Mongolia pada tahun lepas. Syarikat yang terlibat dalam penghijauan padang pasir Kubuqi telah berkongsi pengalaman mereka dengan para pakar dari Mongolia.
Sokongan kerajaan, penglibatan syarikat dan penduduk tempatan menyumbang kepada kejayaan penghijauan padang pasir di China.
Dengan sokongan kerajaan, pelbagai syarikat menjadi entiti utama untuk menangani penggurunan selain turut digalakkan untuk bersama-sama dalam perkembangan tenaga suria dan angin. Manakala dengan dipasangnya papan tenaga suria, di bawahnya boleh menanam tumbuhan. Ini membawa faedah kepada syarikat dan juga menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Pada masa yang sama, pasir susah ditiup ke tempat lain lagi.
Dalam 10 tahun yang lalu, orang China puratanya menanam 74 pokok pada setiap saat. Ini bermakna ketika saudara membaca artikel ini, lebih 10 ribu pokok lagi telah ditanam di China.
Keluasan hutan bertambah sebanyak 640 ribu kilometer persegi, jauh lebih luas berbanding jumlah keseluruhan di semua negara lain. Sekiranya dikaji dari gambar satelit, lapan padang pasir terbesar China semuanya memperlihatkan trend menghijau. Ini pula telah terbukti dengan penyelidikan oleh NASA pada tahun 2019.
Pembangunan hijau itu pula sasaran Inisiatif Jalur dan Laluan. Harapnya kerjasama dalam bidang ini dapat digalakkan oleh kerajaan dan syarikat China-Mongolia. Penanganan penggurunan mungkin akan memakan masa tempoh puluhan tahun, tapi faedahnya jauh lebih besar daripada peruntukan.