Menteri Luar China akan Lawat Filipina
2023-04-22 14:53:49 CRI
Atas undangan Setiausaha Luar Filipina, Enrique Manalo, ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Qin Gang akan melakukan lawatan rasmi ke negara itu pada 21 hingga 23 April.
Jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin pada Jumaat berkata, diharap lawatan Qin Gang kali ini dapat meningkatkan komunikasi dan kepercayaan antara China dengan Filipina, menangani perselisihan pendapat dengan baik, memperkasakan kerjasama, dan melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara ketika Presiden Ferdinand Romualdez Marcos melawat China pada Januari lalu, agar bersama-sama memelihara trend perkembangan baik hubungan kedua-dua negara.