G7, Kelab “Stockholm syndrome” Diplomasi Paksaan AS
Hari ini berlangsungnya Sidang Kemuncak G7 di Hiroshima, Jepun.
Sebagai ‘hamba’ kepada agenda Amerika Syarikat (AS), Jepun sebagai tuan rumah kali ini nampaknya mula mengada-adakan apa yang disebut sebagai ‘diplomasi paksaan’ China sebelum sidang kemuncak dirasmikan.
Yang menarik, Jepun sendiri sebenarnya adalah mangsa ‘diplomasi paksaan’, tapi bukan oleh China, tetapi oleh ‘tuan’nya iaitu AS.
Jangan lupa Jepun dipaksa memeterai ‘Plaza Accord’ dalam mesyuarat G5 pada tahun 1985, hanya untuk membantu AS menyelesaikan masalah defisit.
Natijahnya? Nilai Yen Jepun dinaikkan secara mendadak, dan mengakibatkan gelembung ekonomi membesar secara pesat hingga terpecah pada 5 tahun selepas itu.
Situasi yang dihadapi oleh Jepun pada 1985 sebenarnya mirip dengan masa ini.
Cuma sekarang China menjadi entiti ekonomi kedua terbesar dunia, dan memegang sejumlah besar hutang negara AS. Manakala AS pula menghadapi inflasi dan had siling hutang lagi. Dengan keadaan ini, AS telah memilih China sebagai mangsa baharu untuk menyelesaikan masalah ekonomi domestiknya.
Turut berubah adalah kedudukan Jepun. Setelah memeterai ‘Plaza Accord’, ketika menghadapi kecaman keras dalam negara, Menteri Kewangan Jepun pada masa itu Takeshita Noboru menjelaskan bahawa ia adalah tanggungjawab Jepun untuk ekonomi global (ekonomi AS) dan bayaran untuk menjadi kuasa besar dunia.
38 tahun selepas itu, kedudukan antarabangsa Jepun ‘dinaiktaraf’ dari entiti ekonomi kedua terbesar kepada menjadi anjing AS.
‘Diplomasi paksaan’ dikemukakan oleh Alexander George, profesor Stanford University pada tahun 1971 untuk menyifatkan diplomasi kerajaan AS di Laos, Cuba and Vietnam.
Lebih 50 tahun selepas itu, AS telah berjaya mengembangkan ‘diplomasi paksaan’ dengan ancaman ketenteraan, sekatan ekonomi, pembuli teknologi, pengasingan politik dan lain-lain.
Sebenarnya kebanyakan anggota G7 hari ini juga mangsa ‘diplomasi paksaan’ AS.
Contohnya Frédéric Pierucci, pegawai kanan Alstom, syarikat kereta api dan tenaga elektrik tersohor dari Perancis ditahan oleh AS pada tahun 2013 dengan dakwaan rusuhan dalam perniagaan antarabangsa.
Pada masa yang sama, agenda disebalik tirai AS terdedah iaitu syarikat GE mengeluarkan tawaran mengambil alih perniagaan tenaga elektrik Alstom!
Menteri Kewangan Perancis pada masa itu menentang keras terhadap denda dan tawaran pengambilalihan dari AS kerana Alstom antara syarikat terbesar di negara itu bahkan semua tenaga nuklear Perancis disediakan oleh negaranya sendiri. Boleh dikatakan keselamatan Alstom adalah berkait rapat dengan keselamatan negara Perancis.
Bagaimanapun, tekanan dari AS bukan hanya mampu melututkan pegawai kawan syarikat besar, malah juga tokoh politik negara sekutunya. Menteri Kewangan itu terpaksa meletakkan jawatan, dan Menteri Kewangan baharu Perancis dengan segeranya memberi lampu hijau “perniagaan” tersebut.
Sambil mengembangkan ‘diplomasi paksaan’, sambil mencari alasan untuk ‘mekapkan’ tindakan tersebut, bahkan memutarbelitkan fakta, memfitnah pesaing melaksanakan ‘diplomasi paksaan’, AS sebenarnya hanya memperlihatkan inti pati dasarnya ketika mengendalikan hubungan dengan semua negara di dunia, iaitu mengutamakan kepentingan diri saja.
Dalam sidang akhbar bersama Presiden Korea Selatan di White House bulan lalu, ada media bertanya bahawa dasar Joe Biden yang melarang rakan sekutu seperti Korea Selatan mengembangkan kerjasama dengan China dalam bidang cip telah banyak menjejaskan kepentingn syarikat-syariakt negara tersebut yang berhubungan perniagaan rapat dengan pasaran China. Adakah menjejaskan kepentingan rakan sekutu untuk bersaing dengan China amat membantu dalam kempen pilihan raya?
Joe Biden menjelaskan bahawa “Akta Cip dan Sains 2022” tidak bersasaran menjejaskan China, malah untuk menggalakkan perkembangan industri cip tempatan dan menambah peluang pekerjaan. Sudah terdapat dua syarikat cip Korea Selatan berancang melabur di AS.
AS juga memaksa Jepun, Korea Selatan dan Taiwan China menyertai “Chip4”, menghalang Belanda menjual mesin litografi kepada China supaya menyekat China daripada rantaian bekalan cip yang dipegang AS.
Tapi menurut pandangan Satria, Jepun, Korea Selatan, Taiwan China dan Belanda yang mempunyai keunggulan terbesar dalam bidang cip sebenarnya adalah sasaran utama AS.
“Akta Cip dan Sains 2022” memang menarik syarikat dari Korea Selatan, Taiwan China membina kilang ke AS untuk mendapat subsidi. Bagaimanapun, pihak AS juga menuntut syarikat-syarikat tersebut berkongsi keuntungan dan maklumat inti, termasuk kapasiti pengeluaran, inventori dan data pengguna dengan kerajaan AS.
Pada masa sama, satu trend telah kelihatan iaitu pakar dan pegawai kanan dari pelbagai “negara sekutu” turut direkrut oleh syarikat-syarikat AS setelah dipindah ke negara itu.
Dengan menggunakan subsidi sebagai umpan, Samsung, tsmc dan pelbagai syarikat asing yang melabur ke AS akan beransur-ansur dikosongkan dan akhirnya menjadi syarikat AS.
‘Diplomasi paksaan’ yang paling berjaya adalah kepentingan sudah terjejas, tapi para mangsa tidak berani membantah apa pun, sebaliknya berusaha membantu mencari sasaran lain supaya menggembirankan tuan dan mengurangkan kerugian sendiri.
G7 kini adalah seolah-olah sebuah kumpulan yang terkena “Stockholm syndrome” ekoran diplomasi paksaan AS.