Fahaman Komunis Bersesuaian dengan Budaya Tradisional China
Minggu ini bermulanya cuti sekolah musim panas di Beijing dan kebiasaanya Satria sekeluarga sudah pun menetapkan rancangan untuk melancong.
Tapi untuk kali ini kami masih belum tetapkannya lagi sebab keluarga Satria merancang untuk melancong bersama dengan keluarga tiga kawan rapat sejak sekolah rendah.
Secara kebetulan, anak kawan-kawan Satria akan memasuki sekolah menengah atas tidak lama lagi, jadi kami semuanya sebulat suara setuju untuk terlebih dahulu menunggu keputusan peperiksaan serta sekolah mana yang mereka diterima masuk kelak.
Syukur dan tumpang bangga kerana mereka diterima masuk oleh sekolah menengah atas kedua terbaik di bandar itu.
Peperiksaan sekolah menengah amat penting bagi masyarakat China, sebab ia menentukan sama ada pelajar mampu meneruskan pendidikan tinggi atau tidak dan ia bukan sahaja berkemungkinan besar mengubah masa depan pelajar itu sendiri sahaja, bahkan keluarganya juga.
Pengalaman Satria dan tiga kawan rapat tersebut merupakan satu contoh yang baik.
Setelah mencapai hasil yang memuaskan dalam peperiksaan, Satria diterima oleh universiti di Beijing dan seterusnya hidup di bandar ini. Bagaimanapun, dua lagi kawan di bangku sekolah rendah terus menetap di kampung halaman. Manakala kawan yang anaknya menyertai peperiksaan kali ini, pergi ke bandar yang lebih kecil untuk mencari rezeki.
Empat kawan sekolah rendah, mempunyai riwayat yang sangat berbeza kerana peperiksaan. Oleh itu, kami amat memahami peri pentingnya peperiksaan kali ini terhadap keluarganya.
Tapi kelas masyarakat kami tidak ditetapkan melalui satu peperiksaan. Anaknya masih berpeluang belajar dan bekerja ke bandar besar dengan hasil peperiksaan yang memuaskan kali ini.
Secara jujur, Satria juga bimbang sama ada anak Satria sendiri mampu memasuki satu sekolah menengah rendah yang baik atau tidak.
Jika kawan-kawan selalu tonton cerita-cerita China di TV, kalian dapat lihat yang budaya peperiksaan di China telah bersejarah lebih 1000 tahun.
Ini sebenarnya memberi jaminan bahawa meskipun dilakukan sejak zaman silam, kelas masyarakat di China bukan tetap dan kekal. Anak dari keluarga miskin pun berpeluang menjadi pegawai kanan jika berbakat dan menonjol dalam peperiksaan.
Manakala buku klasik dihasilkan pada kira-kira 2500 tahun yang lalu dan digunakan sebagai buku teks peperiksaan selalu mengajar para pelajar China “Dunia dimiliki oleh semua orang, itulah jalan yang paling cemerlang.” (大道之行,天下为公)
Du Fu mencipta puisi “membina ribuan balai yang besar, menyediakan perlindungan kepada semua orang miskin di dunia” (安得广厦千万间,大庇天下寒士俱欢颜。) pada kira-kira 1500 tahun yang lalu.
Maka semua ayat yang cemerlang ini fasih dibaca oleh kanak-kanak China pada masa ini.
Masyarakat yang dimiliki oleh semua orang dan menyediakan perlindungan kepada semua orang, itulah masyarakat komunis kalau disifatkan dengan teori sosial Barat.
Cuma dalam budaya dan sejarah Barat yang kelas masyarakat amat kukuh, hingga kira-kira 500 tahun yang lalu baru muncul impian Utopia, dan kira-kira 200 tahun yang lalu baru muncul fahaman komunis. Tapi dalam tamadun Barat, ia selalu dilihat sebagai yang bersesuaian dengan keadaan realiti.
Jadi, mengapakah ia terus diterima oleh penduduk di sini ketika memasuki China pada awal abad ke-20? Sebab fahaman komunis sebenarnya mirip dengan budaya tradisional China yang mengejar masyarakat yang sama rata dalam ribuan tahun ini.
Pada awalnya, fahaman komunis diamalkan di China dengan mengikuti pengalaman di Barat atau bekas Kesatuan Soviet, bahkan penasihat dari Eropah mempunyai kuasa besar dalam prosedur pengambilan keputusan dalam Parti Komunis China. Tapi perkembangan seterusnya membuktikan pengalaman yang tidak bersesuaian dengan keadaan dan budaya tradisional di China hanya menuju ke arah kegagalan.
Ekorannya, pasukan pimpinan Parti Komunis China yang berjumlah 300 ribu orang hanya tinggal 25 ribu orang saja setelah tamat “Long March” pada tahun 1936.
Di Yan’an, destinasi “Long March”, Parti Komunis China menimba pengalaman, menggabungkan teori Komunis dari Barat dengan keadaan semasa dan budaya tradisional di China. Hingga tahun 1949 iaitu penubuhan Republik Rakyat China, pasukan yang dipimpin oleh Parti Komunis China mencatat lebih 5.5 juta orang.
Kini, China telah menjayakan pembasmian kemiskinan secara menyeluruh di negara ini dan terus berkembang ke arah negara sosialis moden.
Barat suka menyifatkan kami “komunis”, tapi bagi orang China, kami hanya berusaha mewujudkan impian bersejarah ribuan tahun.