Laksamana Cheng Ho dan Keluarga Dunia
Ramai kawan-kawan dah tahu Satria berpeluang melakonkan watak Laksamana Cheng Ho dalam sebuah klip video.
Ada kawan komen, Laksamana Cheng Ho sangat terkenal di kampungnya, Melaka. Ya, Laksamana Cheng Ho dihormati oleh rakyat China dan juga penduduk pelbagai kawasan yang dikunjungi beliau.
Di Laut China Selatan, armada Laksamana Cheng Ho memusnahkan lanun yang telah lama menjejaskan pelayaran bebas kapal perniagaan di rantau ini.
Di Sri Lanka, monumen didapati pada tahun 1911 tercatat Cheng Ho, sebagai seorang penganut Islam, telah banyak menderma kepada kuil agama Buddha tempatan.
Di Afrika, Laksamana Cheng Ho terjumpa sejenis haiwan yang mirip dengan “Kylin”, haiwan suci yang tercatat dalam buku kuno China. Ia dibawa balik China dan Maharaja Dinasti Ming sangat gembira, lalu disuruh pelukis untuk merekodkan haiwan suci ini dalam gambar. Kini, saudara yang melihat lukisan ini mesti segera menyedari haiwan suci ini adalah zirafah.
Pelayaran tujuh kali Laksana Cheng Ho ke Asia Tenggara, Asia Selatan hingga Afrika Timur telah memperlihat konsep “Keluarga Dunia” dikekalkan dari generasi ke generasi di China sejak lebih 2000 tahun yang lalu.
Kalau diterjemahkan istilah politik moden, ia sebenarnya telah diwarisi dan dikembangkan menjadi konsep “komuniti berkongsi nasib sesama insan”.
Ada pakar politik Barat pernah menyatakan, ketika China mengemukakan konsep “komuniti berkongsi nasib sesama insan”, dunia Barat amat terkejut. Sebab dalam konsep orang Barat, kalau satu pihak menang, pastilah ada satu lagi pihak yang ditewaskan.
Inilah jalan modenisasi ala Barat.
Pada tahun 1533, iaitu 100 tahun selepas pemergian Laksamana Cheng Ho, Ratu Elizabeth yang pertama lahir. Beliau kemudian melaksanakan merkantilisme, memulakan modenisasi ala Barat.
Isi kandungan merkantilisme adalah menggalakkan perniagaan penjajahan. Untuk mengumpulkan dana yang cukup bagi pembangunan negara, Ratu Elizabeth I mengizinkan lanun merampas kapal perniagaan negara lain, sebahagian harta dirampas perlu diserahkan kepada khazanah negara, bahkan lanun yang tersohor seperti Francis Drake dianggap sebagai bangsawan atas “sumbangan”.
Berbanding Laksamana Cheng Ho yang membawa balik zirafah, Ratu Elizabeth I memulakan pemerdagangan hamba Afrika rentas Atlantik.
Sudah tentulah tamadun Barat yang berkembang mengikuti jalan ini tidak yakin dengan “komuniti berkongsi nasib sesama insan”.
Hakikatnya, pandemik selama tiga tahun yang mengakibatkan lebih 6.9 juta orang terkorban dan konflik geopolitik yang membawa impak kepada global telah memberitahu dunia bahawa umat manusia patut menjadi satu komuniti berkongsi nasib, barulah mungkin menghadapi pandemik, krisis bahan makanan, perubahan iklim dan pelbagai cabaran global lain.
Komuniti berkongsi nasib sesama insan bukanlah satu impian yang tidak mungkin terwujud.
“Keluarga Dunia” kini juga menjadi sasaran semakin banyak negara seperti Malaysia yang juga berjuang untuk merealisasikannya.