British Museum Patut Kembalikan Artifak Purbakala Pelbagai Negara

2023-09-01 17:11:57  CRI
Share with:

Dalam filem CZ12, Jackie Chan pernah berkata, “tiada negara yang berhak merampas artifak purbakala dari negara lain, dan mempamerkannya dalam museum sendiri dengan alasan membantu untuk memelihara kerana tindakan itu sangat memalukan!”

 

Ketika dulu berpeluang mengunjungi British Museum, Satria khusus mencari pavilion China untuk melihat pelbagai artifak yang dirampas oleh Britain. Dalam perjalanan tersebut, Satria telusuri atap piramid dari Mesir, kuil Romawi, ukiran dewa-dewi dari India dan lain-lain.

 

Kalau artifa-artifak itu boleh bersuara, Satria yakin mereka mesti sudah menangis selama ratusan tahun dan berhasrat kembali ke ‘kampung halaman’ masing-masing.

 

Tapi, Britain nampaknya sering menolak idea untuk mengembalikan rampasannya dengan pelbagai alasan, termasuklah kononnya artifak-artifak itu akan mendapat pemeliharaan lebih baik di British Museum.

 

Bagaimanapun, berita bahawa lebih 2000 artifak yang hilang dari muzium tersebut telah mendedahkan pembohongan mereka. Banyak antara mereka telah terosak dan dijual menerusi eBay.

 

Berdasarkan laporan BBC, dalam British Museum terdapat lebih 8 juta artifak, tapi yang dipamerkan hanya kira-kira 80 ribu buah. Manakala, banyak antara yang lain sama sekali tidak didaftarkan dengan teliti. Sebab itu sikap lanun terhadap harta yang dirampas. Mereka hanya berminat merampas semakin banyak harta, tapi tidak mungkin melindungi dengan teliti harta yang dirampasnya dari orang lain.

 

Setelah Britain mencetuskan Perang Candu di China pada 1840, lebih 10 juta artifak China hilang dari wilayah sendiri. Berdasarkan statistik UNESCO pula, terdapat lebih 1.6 juta artifak China dipamerkan dalam lebih 200 museum di 47 negara, kebanyakannya negara Barat yang pernah mencerobohi China.

 

Manakala, British Museum antara yang menyimpan artifak China yang paling banyak. Berdasarkan data terbuka, muzium tersebut menyimpan lebih 23 ribu artifak dari China. Namun, ada penganalisis berpendapat bahawa jumlah ini sebenarnya melebihi 200 ribu.

 

Menurut pihak British Museum, pelbagai artifak China diperoleh melalui hadiah, dibeli, pertukaran dan pelbagai saluran yang lain. Tapi hampir semua “hadiah” atau “barang jualan” tersebut sebenarnya adalah rampasan setelah tentera Britain yang beberapa kali menduduki beberapa bandar China termasuk Beijing sejak 1840 dan juga penyeludup artifak yang haram.

 

Misalnya lukisan女史箴图 atau diperkenalkan “Admonitions of the Instructress to the Court Ladies” oleh British Museum. Pelukisnya Gu Kaizhi (348-490) berasal dari kampung Satria. Ia menggambarkan pelbagai wanita dalam sejarah yang disifatkan amat bermoral dan beretika tinggi. Lukisan aslinya sudah hilang. Yang dipamerkan dalam British Museum adalah salinan pada Dinasti Tang (618-907).

 

Salinan ini disimpan dalam khazanah diraja Dinasti Qing(tahun 1616 hingga 1911), hingga lapan negara bersekutu menduduki Beijing pada 1900. 

 

Seorang kapten tentera Britain yang menduduki Summer Palace merampas lukisan ini, setelah balik ke London, ia menjual lukisan ini kepada British Museum dengan harga 25 pound sahaja.

 

Itulah apa yang dikatakan “pembelian” oleh British Museum.

 

Kini, meminta British Museum mengembalikan benda purbakala telah menjadi tular di media sosial pelbagai negara. Bagi Satria, British Museum merupakan tanda penjajahan, perampasan dan juga pemusnahan Barat terhadap tamadun lain.

 

Satria juga nak menggesa British Museum mengembalikan benda purbakala kepada negara-negara terlibat, dan menjadikan British Museum tempat yang mempamerkan budaya sendiri yang mampu membanggakan rakyat Britain.

 

Begitu juga pelbagai muzium di negara-negara Barat yang terkenal kerana “membantu memelihara” artifak dari negara lain.