China, Thailand Adakan Latihan Bersama Tentera Laut 'Blue Strike-2023'

2023-09-01 13:49:15  CRI
Share with:

Pasukan Tentera Laut China tiba di kawasan latihan berkenaan pada Khamis untuk mengambil bahagian dalam latihan bersama tentera laut dengan kod "Blue Strike-2023" China-Thailand.

Menurut konsensus dan Rancangan Kerjasama Ketenteraan Antarabangsa bagi Tentera Laut 2023 yang tercapai antara China dan Thailand, angkatan tentera laut kedua-dua negara akan mengadakan latihan bersama di Teluk Thailand dan kawasan berhampiran Sattahip pada awal bulan September.

Difahamkan, kedua-dua pihak akan menjalankan latihan bersama di darat dan laut yang melibatkan taktik penembakan hendap, kelangsungan hidup di hutan, operasi mencari dan menyelamat maritim serta pendaratan rentas dek helikopter, selain turut mengadakan perbincangan dan pertukaran bersama.