Yang Sekat iPhone di China adalah Washington
“Pegawai kerajaan China dilarang menggunakan telefon pintar buatan Apple”.
Itulah khabar angin yang diada-adakan oleh media Barat baru-baru ini, dan berita palsu tersebut telah pun dinafikan oleh Jurucakap Kementerian Luar China semalam.
Ya, isu berkait keselamatan maklumat telefon pintar memang menjadi tumpuan pelbagai negara.
Tapi, tidak seperti Amerika Syarikat(AS) yang terus melarang menggunakan sebarang fasiliti komunikasi buatan Huawei, ZTE atau syarikat China yang lain, tindakan China untuk menjamin keselamatan maklumat telefon pintar adalah sama rata bagi syarikat dalam dan luar negara, serta kami selalu berusaha mewujudkan suasana mesra dengan pelaburan asing, termasuk Apple.
iPhone 15 akan dipasarkan di China pada pukul 8 esok. Satria telah ‘check’ di JD.com, satu platform e-dagang produk elektronik terbesar di China, dan menyaksikan tempahan pelbagai jenis iPhone 15 telah mencatat kira-kira 2 juta unit.
Jualan iPhone di China telah melebihi AS menjadi pasaran terbesar bagi Apple. Jika anda nak tahu, kira-kira 90% iPhone dikeluarkan di China.
Pada 18 Ogos, CEO Apple, Tim Cook khusus membuat hantaran di media sosial untuk menyambut ulang tahun ke-30 Apple memasuki China.
Bagaimanapun, kita juga telah menyaksikan kegilaan pasaran China setelah Huawei membuat ‘come back’ dengan membawa telefon 5G terbaharu, iaitu Mate60.
Setelah “merebut” lebih seminggu, akhirnya Satria amat bertuah mendapat sebuah Huawei Mate60 Pro. Manakala, bagi Huawei Mete60 Pro+ dan Mate X5 yang belum diumumkan harga dan perlu membayar wang tempahan sebanyak RMB1000 (RM600) terlebih dahulu, setiap hari dua kali dibuka link untuk menempah dan setiap kali habis ditempah dalam sesaat saja.
Di banyak kedai Huawei, pengguna berbaris beberapa jam untuk menempah siri telefon pintar Mate60.
Terhad dengan kapasiti pengeluarannya, Huawei kini tidak mampu menyediakan begitu banyak produk untuk keperluan pasaran seperti Apple.
Tak boleh dinafikan, peningkatan kuota iPhone di pasaran China ekoran sekatan AS terhadap Huawei. Jadi kali ini Huawei mengambil balik kuota yang dirampas oleh iPhone dengan pilihan pasaran.
Telefon pintar buatan Huawei yang masih digunakan dalam kalangan keluarga Satria adalah termasuk P30 Pro, Mate30Pro, Mate40Pro dan Mate60 Pro.
Bahkan, ada kawan Malaysia memberitahu Satria ia masih menggunakan P20Pro sehingga sekarang, kualitinya terbaik. Dengan adanya HarmonyOS, telefon Huawei yang dikeluarkan pada beberapa tahun yang lalu pula beroperasi dengan lancar.
Bagi Satria, memilih Huawei tidak bermaksud menolak Apple. Satria juga menggunakan iPad dan Macbook buatan Apple.
Pada kali ini juga, Satria berpendapat wajib membeli Mate60, bukan iPhone 15. Ini kerana Mate60 bukan sekadar sebuah telefon pintar saja, tetapi juga satu “mercu tanda” China menggagalkan lagi satu sekatan dari luar negara. Maknanya sama penting seperti bom atom dan stesen telefon pintar buatan China sendiri.
Dulu China mengimport komponen dari seluruh dunia untuk mengeluarkan telefon pintar Huawei dan juga iPhone yang disediakan kepada pasaran dunia. Manakala cip semikonduktor buatan China sendiri dalam telefon pintar terhad. Pengimportan cip semikonduktor China mencatat USD350 bilion. Cip ini kebanyakannya dari AS, Jepun, Korea Selatan, manakala mesin pengeluaran cip amnya diimport dari Belanda. Itulah rantaian bekalan global, semua pihak mendapat keuntungan.
Tapi dengan sekatan dari AS, Huawei sekarang terpaksa menggunakan cip semikonduktor buatan China yang tidak mampu disekat. China pula terpaksa berusaha mengeluarkan cip sendiri. China juga menyasarkan kadar cip buatan sendiri perlu mencatat 70% menjelang tahun 2025. Dengen perkembangan terkini dan perkembangan yang dijangka lebih pesat pada tahun depan, ini bermakna penurunan jualan produk syarikat asing yang bernilai ratusan billion pada masa dulu dalam rantaian bekalan global berikat dengan China.
Lebih ramai pengguna China memilih Huawei, manakala lebih banyak syarikat asing hilang pasarannya di China. Ironinya, kesemuanya ini bukan berpunca daripada dasar kerajaan China, sebaliknya sekatan oleh AS.