Kerjasama BRF Bantu Jayakan CIIE

2023-10-31 15:05:37  CRI
Share with:

Dalam Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) yang baru menutup tirai di Beijing, kita telah menyaksikan lebih 300 syarikat dari seluruh dunia memeterai dokumen kerjasama. Rekod ini mungkin segera akan diperbaharui dalam Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) Ke-7 yang akan dirasmikan di Shanghai pada Ahad ini.

 

Kalau BRF berfungsi membentuk rangka kerjasama antara kerajaan, CIIE pula adalah platform untuk peniaga, khususnya untuk membantu syarikat luar China membawa produk mereka meneroka pasaran China.

 

Setakat ini terdapat lehih 3400 syarikat telah mendaftar untuk menyertai CIIE ke-7. Lebih 400 produk, teknologi atau perkhidmatan terkini akan dipamerkan dalam CIIE. Keluasan pameran untuk tenaga baharu, AI serta barangan kegunaan harian meningkat 30% berbanding dulu.

 

Dari segi penyertaan, CIIE tidak terbuka kepada masyarakat awam, sebaliknya hanya menerima pendaftaran pembeli profesional. Lebih 394 ribu pembeli profesional China akan datang untuk mencari produk yang digemari dan rakan kerjasama yang baharu. Antaranya, 49 rombongan perniagaan kerajaan dari pelbagai tempat di China dan empat rombongan perniagaan setiap sektor.

 

BRF dan CIIE juga dihubungkaitkan dengan cara yang unik.

 

Kereta api CIIE dari Duisburg, Jerman tiba di Shanghai kelmarin.  Kereta api ini membawa pelbagai produk para peserta CIIE melalui perjalanan sejauh lebih 11 ribu kilometer yang mengambil masa 16 hari saja.

 

Dijangka terdapat tiga kereta api CIIE membawa 210 TEU dari Eropah ke Shanghai untuk menyertai CIIE pada tahun in Kereta api ini sebahagian daripada kereta api rutin yang beroperasi antara China dengan Eropah.

Terdapat 77 ribu kereta api membawa 7.31 juta TEU berulang-alik antara China dengan 217 buah bandar di Eropah yang merupakan hasil penting kerjasama BRI.

 

Semakin banyak negara menyedari faedah yang dibawa oleh CIIE. Ia merupakan satu pintu keterbukaan China terhadap seluruh dunia, agar mampu berkongsi peluang dalam pembangunaan China. Pada masa yang sama, taraf kehidupan rakyat China pula turut ditingkatkan dengan pengimportan produk yang berkualiti dari luar.

 

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat buat kali pertama membawa rombongan untuk menyertai CIIE pada tahun ini.  Anggota rombongan tersebut membabitkan 15 syarikat pertanian dan makanan serta kerajaan dua negeri AS.

 

Honduras yang baru menjalinkan hubungan diplomatik dengan China pada bulan Mac lalu telah diundang sebagai negara tetamu utama. Pihaknya akan membawa kira-kira 30 syarikat ke Shanghai, untuk mempromosikan produk tembakau, udang, kopi, koko dan lain-lain. Pada masa yang sama, mereka juga akan menggunakan platform ini bagi mencari syarikat China yang berminat untuk melabur ke negara itu.