Projek Petrokimia China, Brunei Masuk Fasa Baharu

2023-11-09 14:34:45  CRI
Share with:

Projek petrokimia Hengyi Industries yang diusahakan bersama China dan Brunei di Pulau Muara Besar (PMB) memasuki fasa pelaksanaan baharu selepas perjanjian berkenaan ditandatangani secara rasmi pada Rabu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Brunei, Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof ketika berucap pada majlis pemeteraian berkata projek itu memainkan peranan penting dalam memperkukuh keselamatan tenaga dan memacu pertumbuhan ekonomi tempatan. 

Beliau berharap projek fasa kedua dapat memberi sumbangan lebih besar kepada pembangunan sosioekonomi Brunei.

Projek petrokimia itu merupakan antara projek pelaburan terbesar syarikat China di Brunei, dan operasi fasa pertamanya bermula pada November 2019.

Selepas siapnya fasa kedua, kapasiti pemprosesan minyak mentah projek berkenaan dijangka meningkat kepada 10 juta tan setiap tahun.