CIIE Penuh Daya Tarikan Bagi Syarikat AS

2023-11-10 16:59:53  CRI
Share with:

Rombongan rasmi Amerika Syarikat(AS) buat kali pertama menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) tahun ini. Menurut Duta Besar AS ke China, Nicholas Burns, penyertaan ini untuk menyuntik momentum kepada lebih 200 syarikat AS yang ikut serta dalam ekspo ini. Kontrak yang dimeterai oleh syarikat-syarikat AS dalam ekspo ini mencatat beberapa billion USD.

 

Sejak dianjurkan buat kali pertama pada tahun 2018, CIIE menarik penyertaan syarikat-syarikat AS yang cukup besar. Satria yang pernah membuat liputan CIIE pertama yang diadakan di Shanghai dimaklumkan bahawa terdapat penyertaan lebih 180 syarikat AS.

 

China adalah pasaran yang besar dan stabil bagi peniaga dari seluruh dunia, termasuk peniaga AS. Meskipun Washington meletakkan sekatan yang semakin ketat kepada perdagangan dua hala, namun pasaran China selalu terbuka kepada syarikat-syarikat dari negara itu.

 

Pada tahun 2022, import produk pertanian dari AS mencatat USD42 bilion, iaitu mencipta rekod baharu. Setiap peladang AS secara purata mengeksport lebih USD13 ribu produk ke China.

 

Mungkin kerana menyedari sekatan tidak membantu syarikat-syarikat sendiri, kerajaan AS kali ini buat kali pertama membuka Pavilion Makanan dan Pertanian AS di CIIE.

 

Pihak AS telah mendapat faedah besar daripada hasil keterbukaan China, tetapi pihak AS tetap menegaskan syarikat-syarikat AS memerlukan “persaingan yang lebih adil” di China.

 

Menyentuh persaingan yang adil ini, Satria berpendapat AS wajar menganjurkan satu ekspo dan menjemput kehadiran syarikat-syarikat China, termasuk Huawei, dan bukan memperpanjang senarai sekatan.

 

Bagaimanapun, penyertaan rombongan kerajaan AS dalam CIIE memberi satu isyarat positif bahawa negara itu memberi sedikit sebanyak respons atas budi bahasa China untuk mencair hubungan dua hala. Hal ini memberi kesan yang penting bagi ekonomi dunia dan situasi global yang menghadapi cabaran kritikal pada masa ini.

 

Dalam menghadapi situasi global yang kurang menentu, China selalu bersedia berkongsi peluang pembangunan dengan semua negara sebab China yakin pembangunan membantu mengatasi banyak masalah.

 

Perkara ini telah dirasai oleh banyak rakan dagang China.

 

Pada dinding Pavilion Belarus tertulis “Jika China Kuat, Belarus Juga Akan Menjadi Kuat.” Kini China telah menjadi rakan dagang kedua terbesar bagi Belarus. Pelaburan dari China meningkat 80% pada tahun 2022. Taman Perindustrian China-Belarus di Minsk telah yang menarik penyertaan 117 syarikat dari 15 buah negara setakat ini dengan melibatkan pelaburan lebih USD13.6 bilion.