Bahan Bantuan Kemanusiaan Disalurkan ke Genting Gaza

2023-11-26 14:54:11  CRI
Share with:

Sebanyak 61 kenderaan membawa bahan bantuan memasuki kawasan utara Gaza pada Sabtu. Ini penghantaran bahan bantuan paling banyak sejak konflik Palestin-Israel pusingan ini tercetus.

Menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bekalan bantuan kali ini termasuk makanan, air minum dan bahan perubatan kecemasan. 

Selain itu, sebanyak 11 ambulans, tiga buah bas dan sebuah trak flatbed dikejarkan ke Hospital Shifa, untuk membantu kerja pemindahan hospital terbesar di Gaza itu.

Dilaporkan bahawa sebanyak 200 trak yang membawa bahan bantuan kemanusiaan menuju ke Genting Gaza pada Sabtu. Sebanyak 187 buah trak memasuki Gaza sebelum pukul 7.00 petang hari berkenaan, antaranya 61 trak memasuki kawasan utara Gaza. 

Sebanyak 129,000 liter bahan bakar berjaya disalurkan ke Gaza pada hari itu.