Beliau Berhasrat Bantu Semua Orang
Apabila tibanya November pada setiap tahun, Mark Bacon biasanya teringat pertemuannya dengan Presiden Xi Jinping.
Pada 25 November tahun 2023, Mark melalui satu hantaran baharu dalam media sosialnya berkata,
"Saya bertuah dapat berjumpa dan berbual sejam dengan Presiden Xi pada sembilan tahun yang lalu, setelah beliau beserta isterinya tiba di Hobart."
Seawal 2014, Presiden Xi ketika mengadakan lawatan rasmi ke Australia pernah bertemu dengan keluarga Mark Bacon.
Sebelum ini, ayah Mark Bacon, iaitu Jim Bacon selaku Gabenor Negeri Tasmania pernah melawat ke provinsi Fujian, China sebanyak dua kali, dan mendapat sambutan hangat dari Xi yang bertugas di Fujian waktu itu.
Setelah balik ke Australia, Jim Bacon berkata kepada sanak saudaranya bahawa ingatlah nama Xi yang mampu melakar pencapaian yang cemerlang.
Jim sebelum meninggal dunia pada tahun 2004, pernah mengundang Xi yang menyandang jawatan Gabenor Provinsi Fujian pada waktu itu melawat ke Tasmania.
Beberapa tahun kemudian, Xi yang sudah menjadi pemimpin tertinggi di China memulakan perjalanan yang melintasi lautan untuk menunaikan janjinya bertemu dengan kenalan lama.