China Kurangkan Pencemaran Udara Telah Panaskan Bumi?
Satria masih ingat atlet-atlet dari beberapa negara Barat memakai pelitup muka ketika turun dari kapal terbang untuk menyertai Sukan Olimpik Beijing pada tahun 2008. Pada masa itu, pencemaran udara antara kecaman paling popular terhadap China oleh media-media Barat.
Ekonomi China berkembang pesat pada masa itu, namun masalah pencemaran udara memalukan rakyat dan kerajaan China. Risiko terhadap kesihatan awam pula semakin diketahui umum dan diutamakan. China mulai berperang dengan pencemaran udara.
Reuters baru-baru ini menyiarkan ulasan yang mengiktiraf kejayaan China yang mengurangkan pencemaran udara kira-kira 90%, sekali gus berjaya menyelamatkan ratusan ribu nyawa. Ulasan ini turut dikongsikan oleh beberapa laman web seperti The Hill.
Bagaimanapun, ulasan mengejutkan pihak Reuters adalah tindakan China mengurangkan pencemaran udara telah menyebabkan bumi menjadi semakin panas! Ini kerana pencemaran udara menghalang sinar matahari. Reuters mencadangkan India dan Asia Barat agar jangan mencontohi tindakan China.
Sama seperti China, pembangunan ekonomi negara-negara membangun bergantung kepada tenaga yang cukup dan industri yang biasanya akan mengakibatkan pencemaran udara.
Dunia Barat telah mengeluarkan sistem kuota pelepasan karbon yang menggesa negara-negara membangun mengurangkan pencemaran udara, melindungi bumi serta kesihatan rakyatnya. Bagaimanapun, tindakan ini menjadi halangan kepada pembangunan negara-negara tersebut.
Mungkin sasaran utama dunia Barat giat mempromosikan sistem tersebut dalam tempoh 20 tahun ini adalah China, India dan beberapa negara membangun lain yang ekonominya berkembang pesat.
Tanpa diduga, China berjaya mengubah cabaran ini menjadi peluang. China bukan sahaja berjaya mengawal pencemaran udara, tetapi juga mengembangkan industri bersih seperti panel suria dan EV yang bakal mendominasi pasaran global.
China turut menegaskan “tanggungjawab bersama tetapi berbeza” yang dipikul oleh negara maju dan negara membangun dalam menghadapi isu perubahan iklim. China menggesa hak pembangunan negara-negara membangun dipelihara dan negara-negara maju yang telah melepaskan karbon yang lebih banyak dalam sejarah memikul tanggungjawab yang lebih besar.
China juga menyediakan produk yang bersesuaian dengan pembangunan hijau serta memindahkan teknologi berkenaan kepada negara-negara membangun di bawah pelbagai rangka kerjasama multilateral, seperti Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), serta membantu negara-negara berkenaan mewujudkan pembangunan melangkau.
Panel suria buatan China dipasang di padang pasir beberapa negara Asia Barat yang dilihat sebagai “pelantar minyak” Barat, memang bukan suatu yang dinantikan oleh negara-negara Barat.
Malah pihak Barat pasti tidak mahu India dan Asia Barat mencontohi China yang berjaya mengelakkan perangkap yang dipasang lebih 20 tahun lalu itu.