Dasar Bantuan Berpasang Makmurkan Xinjiang

2024-03-04 16:15:11  CRI
Share with:

Semalam Satria mengundang keluarga kakak datang ke rumah untuk makan bersama-sama. Jamuan ini sempena meraikan abang ipar Satria yang akan bertugas ke kawasan Padang Rumput Nalati, Kaunti Xinyuan, Daerah Autonomi Kazakh Yili, Xinjiang selama dua tahun.

 

Abang ipar adalah pengurus hotel di Nianhuawan, sebuah tempat peranginan yang tersohor di kampung halaman Satria. Hotel ini dibuka pada 2015 dan segera menjadi sangat popular. Satria pernah terperangkap dalam kesesakan selama beberapa jam dalam perjalanan ke sana. Akhirnya Satria terpaksa membatalkan tempahan hotel itu.

 

Xinjiang cukup kaya dengan sumber pelancongan. Bagaimanapun, keluasan wilayah yang besar, ketinggalan dari segi pembinaan infrastruktur, kekurangan staf profesional dan pelbagai aspek yang lain telah menyebabkan pembangunan ekonomi tempatan, termasuk sektor pelancongan tergendala.

 

Ibu bapa Satria pernah melancong ke Nalati tahun 2023, tetapi disebabkan kekurangan hotel, mereka hanya menaiki bas persiaran melalui jalan raya dalam padang rumput untuk menikmati pemandangan.

 

Jenama Nianhuawan telah melabur untuk program Nalati dan mengubah suai sebuah kampung etnik Khazak tempatan menjadi tempat peranginan. Program ini menyediakan peluang kepada pengunjung menikmati pemandangan padang rumput dan juga budaya etnik minoriti.

 

Dengan pengalaman yang luas, tugas abang ipar Satria adalah mengendalikan operasi hotel dan melatih staf tempatan supaya dapat menyediakan perkhidmatan yang memuaskan untuk lebih satu juta pelancong yang dijangka akan melancong ke sana setiap tahun.

 

Program tersebut akan menyediakan kira-kira 30 ribu peluang kerja untuk penduduk tempatan, sekali gus menggalakkan sektor inap desa, kraf tangan, jualan produk pertanian tempatan dan lain-lain yang akan ditingkatkan secara besar-besaran.

 

Yili adalah pasangan bantuan bagi Provinsi Jiangsu. Dasar bantuan berpasang China yang menetapkan tempat yang ekonominya lebih kuat membantu tempat yang agak ketinggalan dari segi ekonomi, pendidikan, kesihatan dan lain-lain.

 

Misalnya, sejak 2017 ratusan kanak-kanak dari Yili, termasuk kanak-kanak etnik minoriti Xinjiang yang menderita penyakit jantung kongenital telah dihantar ke Wuxi, kampung halaman Satria untuk menerima pembedahan secara percuma.

 

Guru sekolah menengah Satria juga pernah ditugaskan membantu program pendidikan di Yili.

 

Bantuan Provinsi Jiangsu terhadap Yili telah mencerminkan prinsip pembangunan China yang berusaha menjamin kemakmuran bersama bagi semua tempat dan etnik. Satria juga merancang melancong ke Nalati pada musim panas ini untuk menyaksikan kerja abang ipar dan perubahan yang berlaku di sana.