ARJ21, C919 Buat Debut di Malaysia
Pameran statik dan demonstrasi penerbangan pesawat komersial buatan China ARJ21 dan C919 diadakan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di negeri Selangor Malaysia pada Rabu.
Ini merupakan destinasi akhir jelajah lima negara Asia Tenggara selepas Vietnam, Laos, Kemboja dan Indonesia.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong antara yang hadir untuk melihat sendiri secara lebih dekat dua pesawat berkenaan.
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han berkata reka bentuk dalaman pesawat C919 sangat mesra penumpang dan menjanjikan pengalaman penerbangan lebih selesa.
Beliau turut meluahkan harapan agar lebih banyak pertukaran dan kerjasama dapat dilakukan dengan Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC) pada masa hadapan.
Dimaklumkan, siri demonstrasi penerbangan bertujuan untuk menguji kebolehsuaian pesawat komersial buatan China terhadap lapangan terbang dan laluan serta perkhidmatan peralatan sokongan darat (GSE) di lima negara Asia Tenggara.
Menurut COMAC, ia menunjukkan prestasi baik pesawat berkenaan, sekali gus meletakkan asas untuk menembusi pasaran Asia Tenggara.