Ahli Dewan Negara China Bertemu Puteri Sirindhorn

2024-04-08 11:58:44  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara China Shen Yiqin bertemu Puteri Thailand Maha Chakri Sirindhorn di Beijing pada Ahad.

 

Shen menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan penting dibuat Puteri Sirindhorn dalam memperkasa pertukaran sesama rakyat serta ikatan muhibah sesama negara.

 

Beliau berkata China sudi bekerjasama dengan Thailand untuk menyemarakkan ikatan persahabatan dua negara yang mesra seperti sekeluarga, di samping menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara.

Sementara itu, Puteri Sirindhorn berkata setiap kali melawat China, beliau dapat merasai kemesraan rakyat China.

 

Puteri Sirindhorn berharap kedua-dua negara mengeratkan lagi pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang serta jalinan persahabatan akan kekal selama-lamanya.