Peningkatan Kecekapan Bertani Berkat Sistem Pintar

2024-04-22 11:15:43  CRI
Share with:

Setibanya musim bunga sekarang ini, anak benih padi yang dipupuk di sebuah pangkalan pintar yang keluasannya mencecah 4,608 meter persegi di kampung Shuangxing pekan Xianlong di bandar Chongqing, kelihatan bertumbuh dengan subur. Pangkalan yang berkecekapan tinggi itu dilengkapi pelbagai fungsi seperti penanaman anak benih automatik yang berkelajuan tinggi, penyusunan kendalian robot dan pemupukan anak benih dalam bentuk tiga dimensi yang bergerak.