'Penyelesaian Dua Negara' Jalan Keluar Konflik Palestin-Israel: Menteri Luar Turkiye

2024-06-07 12:08:23  CRI
Share with:

Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan menyatakan pihaknya mempunyai pendirian sama dengan China berhubung konflik Palestin-Israel, iaitu mewujudkan gencatan senjata berkekalan di Gaza dan melaksanakan formula 'penyelesaian dua negara' adalah jalan keluar kepada isu berkenaan.

 

Fidan dalam rangka lawatan rasmi ke China selama tiga hari bermula Isnin, berkata perkara yang paling mendesak pada ketika ini adalah mencegah pembunuhan beramai-ramai oleh Israel di Gaza dan menyalurkan bantuan kemanusiaan.

 

Menurut beliau, konflik tidak boleh berulang lagi dan penduduk yang kehilangan tempat berteduh boleh pulang ke rumah masing-masing.

 

Fidan menegaskan perlunya masyarakat antarabangsa melaksanakan 'penyelesaian dua negara' dengan serta-merta.

 

Jika permasalahan berkenaan tidak diselesaikan, kemungkinan akan berlaku peperangan yang lebih besar pada masa hadapan, tambah beliau.

 

Menteri luar itu turut menghargai pendirian konsisten China serta peranan konstruktif dimainkan negara Tembok Besar dalam menyokong gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan.