Daya Tarikan BRICS Berasaskan Kerjasama Selatan-Selatan

2024-06-26 16:59:57  CRI
Share with:

Baru-baru ini Malaysia, Turkiye dan Thailand memohon untuk menganggotai BRICS. Menteri Luar Turkyie, Hakan Fidan berkata, berbanding G7 yang lebih mempertimbangkan agenda politik dan kumpulan negara-negara yang mempunyai strategi dan tamadun yang sama, BRICS merupakan platform kerjasama ekonomi menyeluruh yang melibatkan semua tamadun, kaum dan agama. Malah China dan Rusia merupakan rakan dagang penting bagi Turkiye. Justeru Ankara berharap memahami keseluruhan ekonomi dunia melalui BRICS.

 

Memandangkan Barat semakin kerap menggalakkan perlindungan selain mengenakan sekatan secara sepihak, pintu kerjasama global dilihat cuba ditutup menerusi G7. Ini berbeza dengan BRICS sebagai satu platform kerjasama “Global South” yang paling matang buat masa ini, berjaya menarik banyak negara membangun untuk saling menyokong dan mewujudkan pembangunan bersama.

 

China sentiasa aktif menyertai kerjasama “Global South”, kerana walaupun negara ini sudah dikategorikan sebagai kuasa besar jika dilihat dari segi jumlah KDNK, namun China yang populasinya ramai sebenarnya masih setaraf dengan “Global South” jika dilihat dari segi KDNK per kapita atau taraf kehidupan rakyat.

 

Pada 70 tahun yang lalu, China mengetengahkan "Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai" ketika menguruskan hubungan kerjasama dengan negara-negara jiran di Asia. Seterusnya di Bandung, semangat “perpaduan, persabahatan dan kerjasama” menjadi panduan hubungan negara-negara Asia-Afrika. Kini, China menyeru bersama-sama membina Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan. Semua ini selaras dengan budaya dan tradisi China yang bermaksud “kalau miskin sempurnakan diri dulu, kalau menjadi makmur patut membantu negara-negara lain”.

 

Dalam pelbagai kerjasama selatan-selatan, pembangunan rel di beberapa negara amat menarik tumpuan, seperti HSR Jakarta-Bandung, ECRL, rel China-Laos dan Mombasa-Nairobi. Berbeza dengan rel-rel yang dibina oleh negara Barat untuk merampas sumber alam dari wilayah kita dan memudahkan penghantaran tentera penjajah pada masa dulu, rel-rel hasil kerjasama China dengan negara terlibat sekarang menjadi “saluran darah” yang berfungsi merancakkan pertumbuhan ekonomi.

 

Selain projek infrastruktur, kerjasama selatan-selatan sebenarnya juga melibatkan banyak program yang “kecil tapi indah”.

 

Program “Smiling children” bukan sahaja menyediakan hidangan sihat yang percuma kepada puluhan ribu pelajar di Myanmar dan Nepal, tetapi juga menyediakan peluang kerja kepada kaum wanita tempatan.

 

Pasukan perubatan China berulang kali datang ke kawasan miskin di Kemboja, memberikan rawatan pembedahan katarak secara percuma kepada masyarakat tempatan.

 

Bukan itu sahaja, China juga menghadiahkan satelit kepada Ethiopia, bertujuan untuk membantu mengawal bencana dan pembangunan pertanian negara itu.

Stesen angkasa lepas China merupakan program pertama seumpanya yang dibuka kepada semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Setakat ini, terdapat sembilan projek dari 17 negara dan 23 entiti disenarai sebagai kumpulan pertama projek terpilih untuk eksperimen sains di stesen angkasa lepas China.

 

Hakikatnya, China mampu menyediakan peluang kerjasama dari ladang ke angkasa lepas kepada rakan-rakan “Global South” berkat kepada pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Sebenarnya perkongsian pengalaman dalam bidang ini juga antara isi kandungan penting dalam pertukaran China dengan negara-negara membangun yang lain.

 

Menghadapi trend kerjasama global yang semakin tertutup, China komited menggalakkan pembaharuan dan pintu terbuka secara menyeluruh dan lebih mendalam, bukan hanya untuk menjamin China terus berkembang maju, juga menyediakan peluang kerjasama kepada rakan-rakan “Global South”.