“Pertandingan Kapal” Bukan Penyelesaian Isu Laut China Selatan

2024-07-09 14:13:52  CRI
Share with:

BRP Sierra Madre milik Filipina yang “terkandas” selama 25 tahun di terumbu karang Ren’ai Jiao(Second Thomas Shoal) telah menjadi penyebab kepada kerosakan ekosistem di Laut China Selatan. Ketika ini China masih boleh bersabar menantikan penyelesaian damai berhubung isu tersebut, namun bagaimana dengan nasib ekosistem laut yang tidak tahu berapa lama lagi boleh bertahan?

 

Siasatan yang dijalankan terhadap ekosistem kawasan sekitar Ren’ai Jiao mendapati banyak batu karang telah pecah dan mati berpunca daripada perlanggaran dan geseran dalam tempoh yang panjang. Difahamkan sisa batu karang tersebut telah tersebar luas di sekitar kawasan BRP Sierra Madre. Bukan itu sahaja, pelbagai sisa buangan seperti botol Coca Cola buatan Filipina dan jaring ikan yang rosak, turut ada di dasar laut sekitar BRP Sierra Madre, walaupun berulang kali telah dibersihkan oleh Pengawal Pantai China.

 

Difahamkan juga sisa buangan kotor dari BRP Seirra Madre telah disalurkan ke laut secara terus, malah terdapat banyak elemen beracun ekoran daripada hakisan kapal disebabkan oleh air laut. Tidak cukup dengan itu, bahan binaan yang dihantar secara sembunyi bagi mengukuhkan kapal, secara tidak langsung telah merosakkan terumbu-terumbu karang di sekitar kawasan tersebut.

 

Lebih membimbangkan, dengan sokongan kuasa luar, Filipina sengaja menganggap kesabaran China sebagai kelemahan dan melihat “kejayaan” di  Ren’ai Jiao sebagai kaedah berkesan untuk menyelesaikan pertikaian di Laut China Selatan, iaitu dengan cara mendahulukan kepentingan sendiri.

 

Difahamkan, ada kapal Pengawal Pantai Filipina No.9701 yang telah berhenti di terumbu karang Xianbin Jiao (Sabina Shoal) selama lebih sebulan dan ada juga kapal lain yang menghantar bekalan kepada kapal tersebut. Tindakan Filipina ini jelas cuba “menawan” kawasan tersebut, seperti yang mereka lakukan di Ren’ai Jiao menerusi kapal BRP Seirra Madre yang “terkandas”.

 

Adakah Filipina nak menjadikan “pertandingan kapal” sebagai penyelesaian pertikaian di Laut China Selatan?

 

Untuk rekod, pembuatan kapal di China pada tahun 2023 mencatat 42.32 juta muatan tan, menduduki 50.2% daripada seluruh dunia.

 

Jika Filipina ingin menyelesaikan isu Laut China Selatan dengan cara ini, sudah tentu China berkemampuan untuk menduduki semua terumbu di Laut China Selatan. Malah China juga berkemampuan untuk menghancur atau membantu menarik keluar semua kapal yang terkandas di Laut China Selatan. Tak kira dengan campur tangan atau tidak dari kuasa dari luar rantau ini. Namun, pihak China tidak mahu membuat sedemikian.

 

Justeru Filipina digesa untuk menyelesaikan isu ini dengan cara yang betul, iaitu dengan memelihara kedamaian, kerjasama dan keindahan di Laut China Selatan.