AS Buka “Pintu Belakang” Untuk Huawei dan Dji?

2024-07-18 14:37:18  CRI
Share with:

Umum mengetahui dron Dji buatan China dilarang penjualannya di Amerika Syarikat (AS) kononnya atas faktor keselamatan negara. Bagaimanapun Senat AS baru-baru ini menarik balik larangan tersebut daripada Akta Mandat Pertahanan Kebangsaan 2025, ekoran dron tersebut digunakan secara meluas bagi sektor pertanian, infrastruktur, keselamatan awam dan pelbagai bidang lain di negara tersebut. Justeru, larangan yang dilakukan pada awalnya itu dikhuatiri akan mengganggu perkembangan sektor terbabit.

 

Meskipun sebelum ini pelbagai badan kerajaan dilarang untuk membeli dron Dji, namun hakikatnya mereka masih menggunakan dron tersebut secara sewaan bagi menjamin kerja harian mereka, sekaligus tidak melanggar sebarang undang-undang melibatkan pembelian dron Dji.

 

Justeru, kenapa kerajaan AS mewujudkan larangan tersebut? Adakah mereka telah melakukan kajian yang teliti sebelum menggubal sebarang undang-undang atau akta? Adakah bukti kukuh yang menunjukkan dron Dji mampu mengancam keselamatan AS?

 

Tidak hanya Dji, hal yang sama juga berlaku terhadap Huawei.

 

Baru-baru ini Jabatan Pertahanan AS telah menuntut Kongres untuk membuka “pintu belakang” supaya memberi keizinan untuk menggunakan perkhidmatan Huawei. Peraturan di dalam Akta Mandat Pertahanan Kebangsaan 2019 melarang tentera AS menggunakan sebarang perkhidmatan daripada mana-mana syarikat yang menggunakan fasiliti Huawei.

 

Namun, Pentagon mendakwa sukar bagi mereka untuk mengelakkan perkhidmatan berkaitan Huawei bagi operasinya di seberang laut, ujar mereka dengan perkhidmatan Huawei akan membantu melancarkan dan menjayakan operasi ketenteraan AS.

 

Jadi sudah terbukti, Huawei yang dianggap sebagai ancaman keselamatan AS sebenarnya tidak menjadi masalah dalam operasi ketenteraan negaranya.

 

Natijahnya, AS selalu menggembar-gemburkan kepada dunia bahawa mereka mempunyai sistem undang-undang yang lengkap dan mentadbir negara berasaskan undang-undang. Namun, seluruh dunia faham dengan jelas bahawa alasan “ancaman keselamatan negara” bagi larangan terhadap beberapa jenama China seperti Huawei dan Dji hanyalah atas dasar politik.

 

Persoalannya, adakah langkah yang betul untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya ancaman keselamatan negara berikutan munculnya teknologi baharu? Contohnya inisiatif yang dilakukan China, patut dicontohi Washington.

 

Kilang Tesla di Shanghai mengeluarkan kira-kira 1 juta unit EV setahun dan jualannya di pasaran China mencatat 600 ribu unit pada tahun 2023. Bagaimanapun pelbagai fasiliti pengesanan automatik yang digunakan dalam EV tersebut dilihat membawa kebimbangan kepada ancaman keselamatan negara kerana ia mampu mengumpulkan pelbagai maklumat sensitif secara automatik.

 

Menghadapi keadaan ini, kerajaan China tidak secara langsung melarang penjualan dan penggunaan Tesla, sebaliknya menetapkan pelbagai peraturan dan standard untuk mengelakkan risiko tersebut.

 

Pada April lalu, kerajaan China mengumumkan perlaksanaan pemeriksaan keselamatan data EV, Tesla menjadi jenama asing satu-satunya yang lulus dalam pemeriksaan tersebut. Manakala berdasarkan pengumumkan perbelanjaan kerajaan provinsi Jiangsu yang didedahkan baru-baru ini, Tesla telah tersenarai sebagai pilihan kenderaan kerajaan.

 

Tindakan China tersebut berbeza dengan AS yang mendakwa EV China boleh mengintip rakyat AS seperti iPhone dan meletakkan tarif tambahan 100% supaya menghalang EV buatan China memasuki pasarannya.

 

Kalau menghadapi risiko keselamatan negara, jadi menetapkan peraturan, akta dan melaksanakan pemeriksaan secara saintifik, menyediakan peluang yang sama rata kepada syarikat, tak kira ia jenama domastik atau asing, itulah pentadbiran negara berasaskan undang-undang.