Filipina Ambil Tindakan Sepihak dalam Pertikaian dengan China dan Malaysia

2024-07-22 15:20:48  CRI
Share with:

Malaysia menyerahkan nota diplomatik kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB), Antonio Guterres bagi menyatakan bantahan sekali gus menolak tuntutan Filipina ke atas Sabah.

 

Sebelum ini, Filipina turut menyerahkan nota kepada PBB supaya mengambil kira sempadan laut dari Sabah, sekaligus menuntut Sabah sebagai hak mereka.

 

Pertikaian antara kedua-dua negara melibatkan Sabah sebenarnya sudah lama berlarutan, dengan kemuncaknya apabila pasukan Kesultanan Sulu mencerobohi Sabah pada 2013. Selain itu, dikatakan serangan lanun dari Filipina juga menjadi ancaman besar kepada keselamatan pelancong-pelancong di Sabah dalam jangka panjang. Tidak terkecuali, warga China turut menjadi mangsa apabila diculik ketika melancong di Sabah dan kemudiannya dibawa ke Filipina.

 

Pertikaian di Laut China Selatan melibatkan pelbagai negara di Asia Tenggara, selain pertikaian antara beberapa negara dengan China. Namun dalam situasi terkini, hanya Filipina yang dilihat cuba menyelesaikan pertikaian secara sendiri dan menolak sebarang rundingan.

 

Ketika berlangsungnya Dialog Shangri-La pada Jun, apabila ditanya oleh media China berhubung tujuan Filipina menempatkan kapal di terumbu karang Xianbin Jiao (Sabina Shoal) sebelum penyelesaian kapal isu kapal “terkandas” milik Filipina di terumbu karang Ren’ai Jiao (Second Thomas Shoal), Ketua Turus Tentera Filipina hanya diam, tanpa memberikan sebarang jawapan.

 

Lebih mengecewakan, ketika wakil China mempersoalkan tindakan Filipina baru-baru ini yang dilihat tidak sama sekali mengikut seperti apa yang dikatakan oleh mereka iaitu untuk mempertimbangkan perasaan negara-negara jiran, Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr. sebaliknya menjawab bahawa Amerika Syarikat(AS) sangat penting bagi kedamaian serantau.

 

Ferdinand Romualdez Marcos Jr. jelas menolak penyelesaian pertikaian cara ASEAN yang mencapai kata sepakat menerusi rundingan, tidak kira dengan China atau Malaysia, sebaliknya memilih untuk “mengantarabangsakan” pertikaian atau lebih tepatnya untuk menyelesaikan pertikaian sendiri dengan sokongan AS.

 

China dan Filipina baru-baru ini mengumumkan mencapai kata sepakat mengenai peraturan sementara mengenai bekalan kemanusiaan terhadap kapal pendarat yang “terkandas” di terumbu karang Ren’ai Jiao. Bagaimanapun Satria sudah kira berapa kali kedua-dua pihak mencapai peraturan sementara seumpama ini tapi akhirnya dilanggar lagi oleh Filipina.

 

Kaedah Filipina yang menduduki kawasan terumbu karang menerusi penempatan kapal “terkandas”, menempatkan pengawal pantai di kawasan pertikaian dan terkini membawa isu Sabah ke PBB, pastinya menemui jalan buntu.

 

Filipina sebagai pemeterai Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan(DOC), digesa untuk memenuhi janjinya, mengambil tindakan meredakan ketegangan di Laut China Selatan.