Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN Diadakan di Vientiane

2024-07-27 14:56:54  CRI
Share with:

Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN berlangsung di Vientiane pada Jumaat, dipengerusikan bersama Menteri Luar China Wang Yi dan wakil dari negara penyelaras hubungan China-ASEAN.


Ketika berucap pada mesyuarat itu, Wang menyatakan usaha membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 


Beliau mengulangi kesediaan China untuk menandatangani protokol Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) secara terlebih dahulu.


Semasa mesyuarat itu, Wang turut menghuraikan pendirian China berhubung isu Laut China Selatan.

Para peserta memuji usaha China dalam menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau selain mengalu-alukan kemajuan positif dicapai dalam rundingan mengenai Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan.


Mesyuarat berkenaan dilaporkan meluluskan kenyataan bersama mengenai pemerkasaan kerjasama dalam tindakan periuk api kemanusiaan.