Dialog Global "Peluang untuk Dunia dari Pemerkasaan Pembaharuan China pada Era Baharu" Diadakan di Eropah

2024-08-03 14:23:09  CRI
Share with:

Siri dialog global yang bertemakan "Peluang untuk Dunia dari Pemerkasaan Pembaharuan China pada Era Baharu" anjuran Kumpulan Media China (CMG) diadakan di sebahagian negara Eropah, antaranya Hungary, Bulgaria, Czech, Albania, Serbia, Greece dan lain-lain, pada mutakhir ini.


Para peserta termasuk ahli politik, pakar kumpulan pemikir, ketua syarikat, warga media, dan wakil belia dari masyarakat tempatan, menumpukan kepada perbincangan tentang pengalaman dan peluang yang dibawa kepada negara-negara Eropah dari pembangunan yang berkualiti tinggi di China.

China melalui berlangsungnya siri dialog global tersebut, terus menunjukkan keyakinan dan keazaman kepada dunia untuk memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, yang dipercayai juga boleh membuka ruang baharu bagi kerjasama China-Eropah. 


Para tetamu dari negara-negara Eropah menyatakan harapan mereka untuk memperkasakan kerjasama dengan China dalam lebih banyak bidang, bersama-sama menggalakkan pembangunan ekonomi dunia yang mampan, serta membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.