Amalan Rasuah Dana Kempen Pilihan Raya Dilindungi Undang-undang AS
Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Demokrat, Kamala Harris mengumumkan beliau berjaya mengumpul sebanyak USD 310 juta pada kempen pilihan rayanya pada Julai. Jumlah tersebut adalah dua kali ganda berbanding yang pernah dikumpulkan Donald Trump.
Yang pastinya, pengundi biasa tidak mampu menderma wang sebanyak itu kepada Harris atau Trump, sebaliknya penderma terbesar mereka adalah dari Wall Street, Silicon Valley, mahupun golongan jutawan seperti keluarga Soros. “Derma” tersebut mewakili 80 peratus daripada dana kempen pilihan raya AS. Ini bermaksud, dasar AS akan berkhidmat kepada “penderma” tersebut selepas mereka berjaya memegang jawatan Presiden AS.
Bayangkan, sekiranya ada tokoh politik Malaysia atau Indonesia mengumumkan yang mereka mendapat jutaan derma dari pihak-pihak tertentu bagi kempen pilihan raya, pasti akan dikenakan tindakan yang bersesuaian. Namun tidak di AS, perkara ini dilindungi oleh undang-undang negaranya.
Tidak kira apa pun yang dilihat oleh AS, masyarakat di seluruh dunia pastinya bersetuju yang perkara seperti ini merupakan satu bentuk rasuah dan ia jelas melanggar segala bentuk amalan demokrasi.
Sebenarnya banyak undang-undang di AS yang “menghalalkan” rampasan terhadap urus niaga dalam mahupun luar negara.
Untuk pengetahuan semua, AS mempunyai undang-undang untuk menyekat pesaing peniagaan seperti Alstom dan Huawei. Selain itu terdapat undang-undang yang membenarkan rampasan urus niaga syarikat asing seperti TikTok. Lebih mengecewakan, mereka juga mempunyai undang-undang yang menyokong penyediaan senjata kepada Israel, bagi tujuan meneruskan pencerobohan zionis ke atas Gaza.
Berdasarkan data Federal Reserve, jutawan AS yang menduduki 1% daripada populasi negara itu, dikatakan mempunyai harta berjumlah USD 44.6 trilion, ia sekaligus mencipta satu rekod baharu. Kuota harta yang dimiliki golongan jutawan AS ini telah mengatasi golongan bangsawan pada Empayar Rom. Malah perampasan terhadap golongan miskin di AS adalah lebih teruk berbanding perampasan terhadap hamba ketika Empayar Rom.
Namun, mereka dengan yakin dan tanpa rasa malu berkata, rakyat AS mempunyai hak paling besar dan bebas kerana boleh mengundi dan menentukan siapa pemimpin yang akan menerajui negara itu.
Di AS, segala aktiviti jenayah “dihalalkan” atas nama “undang-undang”.