Ke Arah Wujudkan Modenisasi China-Afrika Yang Holistik

2024-09-06 14:12:38  CRI
Share with:

Emmerson Mnangagwa, Presiden Zimbabwe yang baru-baru ini melawat China bagi menghadiri Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika 2024, berkesempatan mengunjungi Kolej Pemerintahan Tentera Nanjing Tentara Pembebasan Rakyat(PLA) China. Katanya, beliau bersama empat yang lain dari Zimbabwe menerima latihan ketenteraan di kolej tersebut pada 1964 dan antara mereka semua, hanya beliau yang masih hidup sehingga hari ini. Ujarnya, semangat revolusinya dibina di China.

 

Penjajahan oleh negara Eropah khusunya Britain terhadap Zimbabwe berlarutan selama lebih 100 tahun. Hingga 1962, orang kulit putih dari Eropah yang hanya mewakili 1/16 populasi, menduduki lebih separuh keluasan tanah di negara tersebut. Pada 18 tahun kemudian, iaitu tahun 1980, Emmerson Mnangagwa membantu Robert Mugabe mewujudkan kemerdekaan Zimbabwe.

 

Ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika 2024, Presiden China, Xi Jinping telah menunjukkan satu fakta yang sering kali diketepikan dalam propaganda Barat, iaitu modenisasi Barat telah membawa kesengsaraan yang besar kepada banyak negara membangun. Sebaliknya kemerdekaan dan pembangunan China dan Afrika selepas Perang Dunia ke-2 telah menghapuskan semula ketidakadilan yang berlaku dalam proses modenisasi tersebut.

 

Bagaimanapun Satria berpendapat ketidakadilan ini masih belum dihapuskan.

 

Misalnya, hanya 9 tahun selepas kemerdekaan Zimbabwe, kerajaan Britain memutuskan untuk tidak melaksanakan lagi “Perjanjian Lancaster House” yang berjanji untuk menyediakan dana pembaharuan tanah kepada kerajaan Zimbabwe setelah negara itu mencapai kemerdekaan. Hingga 1997, kerajaan pimpinan Tony Blair bertindak menghentikan semua bantuan dengan alasan tidak lagi mahu memikul beban zaman penjajahan.

 

Zimbabwe pula yang disifatkan sebagai beban.

 

Prosedur negara penjajah menjadi kaya dan maju tidak patut disifatkan sebagai modenisasi, sebaliknya ia adalah jenayah rampasan yang dilakukan atas nama negara. Manakala falsafah yang “diagungkan” mereka tidak ada bezanya dengan zaman penjajahan atau lanun.

 

Takkanlah kita nak menunggu bantuan dari lanun. Pelbagai negara yang dulu mengalami penindasan dan pembulian dari Barat, termasuk China, Afrika dan Asia Tenggara, perlu saling menyokong untuk mewujudkan modenisasi demi pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

 

Dari segi pembangunan, pelbagai negara sudah mempunyai sasaran yang jelas. China juga sedang berusaha untuk memperkasakan modenisasi ala China, malah Afrika juga mempunyai Agenda 2063. Tidak hanya itu, Presiden Xi telah mengemukakan “10 Tindakan” untuk menyokong modenisasi Afrika. Bagaimana mewujudkan modenisasi bersama? Semuanya bergantung kepada modenisasi “jiwa”.

 

Jangan lagi menjunjung “modenisasi Barat”, kerana ia merupakan jenayah yang tidak boleh dicontohi. Janganlah menantikan “bantuan” atau “ganti rugi” Barat, perkataan seumpama ini langsung tidak tercatat dalam kamus lanun. Untuk berdepan pembangunan kita, mereka memilih “small yard, high fence”, kerana takut kita mengambil balik apa yang dirampas mereka dulu.

 

Kita berjuang untuk mewujudkan modenisasi acuan sendiri dengan rakyat yang sentiasa berganding bahu selain sokongan yang kuat dalam rangka kerjasama multilateral. Ini yang menjadikan kita lebih bermoral dan berjaya berbanding Barat.

 

Modenisasi yang diperjuangkan oleh China, Afrika serta pelbagai negara membangun barulah modenisasi yang sebenarnya bagi kesejahteraan manusia sejagat.