Krisis Kemanusiaan di Gaza Berpunca Dari Barat

2024-10-16 14:31:35  CRI
Share with:

Hari ini merupakan Hari Makanan Sedunia ke-44. Tahun ini, genap 44 tahun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru dunia untuk bekerjasama menghadapi cabaran kekurangan bahan makanan, namun sehingga hari ini masalah ini masih belum berjaya diatasi.

 

Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian(FAO) PBB, Qu Dongyu berkata, jaminan makanan yang cukup merupakan hak asasi manusia yang paling utama. Hakikatnya kini pengeluaran bahan makanan sedunia mencukupi bagi keseluruhan populasi dunia, namun konflik, iklim ekstrem, ketidakadilan, kemerosotan ekonomi dan bencana alam telah mengakibatkan kira-kira 730 juta penduduk dunia hidup dalam kelaparan sehingga kini.

 

Jika unsur seperti iklim ekstrem, bencana alam atau kemerosotan ekonomi boleh diselesaikan dalam jangka masa panjang, maka fungsi utama PBB terarah kepada untuk mengawal keamanan dunia.

 

Namun baru-baru ini PBB mengumumkan bahawa tiada satu pun bahan makanan yang berjaya menembusi bahagian utara Gaza pada bulan ini. Malah disebabkan ancaman keselamatan, perkhidmatan perubatan dan bantuan mengatasi masalah malnutrisi PBB di kawasan tersebut terpaksa dihentikan. Bukan itu sahaja, dua hari lalu, Israel telah membedil satu pusat pembahagian bahan makanan dalam khemah pelarian di Al-Faluja, Jabalia di utara Gaza.

 

Bahkan krisis kemanusiaan yang sudah berlarutan lebih setahun ini dilihat cenderung untuk merebak ke rantau Asia Barat. Pasukan Pengaman PBB di Lubnan juga berdepan serangan dari Israel, malah Benjamin Netanyahu turut menggesa Pasukan Pengaman PBB untuk berundur dari kawasan tersebut.

 

Justeru PBB dilihat gagal memainkan peranannya dalam menyelesaikan krisis kemanusiaan di Gaza yang semakin memburuk dalam tempoh lebih setahun, ekoran daripada “campur tangan” sesetengah negara. Lebih mengecewakan hampir semua resolusi yang menyokong gencatan senjata telah diveto oleh kuasa besar dunia yang secara jelas memihak kepada Israel.

 

Sebenarnya begitu ramai tokoh politik di Barat seperti Alice, tidak berani menyuarakan kecaman, apatah lagi memelihara keamanan dan keadilan dunia.

 

Joe Biden baru-baru ini mengirim surat kepada kerajaan Israel, menuntut untuk memulihkan semula kemanusiaan di Gaza dalam tempoh 30 hari, jika tidak, mungkin   akan dihentikan bantuan ketenteraan.

 

Baru-baru ini dalam sesi perdebatan Parlimen Eropah, Alice Teodorescu Måwe telah membela tindakan yang dilakukan tentera Israel. Ucapannya dibantah oleh Ecin Incir dengan mempersoalkan segala kesengseraan yang dialami penduduk Gaza, ujarnya beliau berani mengecam serangan keganasan Hamas, namun adakah Alice berani mengecam tindakan Benjamin Netanyahu ke atas pembunuhan lebih 40 ribu penduduk Palestin yang sebahagian besarnya adalah wanita dan kanak-kanak? Alice Teodorescu Måwe bagaimanapun menolak memberi respons terhadap persoalan tersebut.

 

Hakikatnya tindakan anti-kemanusiaan di Gaza mendapat bantuan ketenteraan dari AS dan Barat, justeru inilah punca tragedi di Gaza, sebab yang memulakan krisis kemanusiaan bukan hanya Israel, tapi seluruh dunia Barat.