Malaysia Sokong China Berjuang untuk Kemaslahatan Dunia
Presiden China Xi Jinping telah berkongsi pengalaman China mengenai pembasmian kemiskinan dan kelaparan serta cadangan berhubung tadbir urus global dalam Sidang Kemuncak G20.
Beliau menegaskan, kemakmuran dan kestabilan dunia tidak mungkin terwujud jika yang kaya menjadi semakin kaya dan yang miskin menjadi semakin miskin. Kita memerlukan lebih banyak jejambat kerjasama, bukanlah “small yard, high fence”, supaya lebih banyak negara membangun juga boleh menjalani kehidupan yang baik dan mewujudkan modenisasi.
Ketika diwawancara oleh CGTN Malay, Profesor Ekonomi Institut Asia dan Eropah Universiti Melaya, Datuk Prof Ulung Dr Rajah Rasiah menyifatkan China sebagai negara yang paling berjaya dalam bidang pembasmian kemiskinan. Kerajaan China membantu lebih 800 juta penduduk keluar dari kemiskinan dalam 40 tahun yang lalu, yang menduduki 75% daripada keseluruhan dunia. Dunia patut menimba pengalaman dari kejayaan China tersebut.
Antara pelbagai pengalaman yang dikongsikan oleh Presiden Xi dalam ucapan termasuk bantuan secara berkembar, iaitu satu tempat yang ekonomi agak maju bertanggungjawab membantu satu tempat yang masih ketinggalan. Kalau ini boleh diwujudkan antara negara maju dengan negara membangun di arena antarabangsa, mesti amat membantu untuk membasmi kemiskinan dan kelaparan global.
Bagaimanapun, Datuk Prof Ulung Dr Rajah Rasiah kurang optimis terhadap G20 bersepakat untuk mengembangkan tadbir urus global, termasuk pembasmian kemiskinan dan kelaparan, berikutan anggota G20 juga melibatkan anggota G7, manakala menurut beliau, G7 lebih seumpama kelab golf untuk orang kaya.
Oleh itu, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan amat menantikan China sebagai kuasa besar, menjadi pemimpin yang berpandangan jauh, bukan hanya untuk negara China, tapi juga untuk dunia.
Ketika diwawancara oleh CGTN Malay, beliau menyatakan bahawa apa yang disarankan oleh Presiden Xi, bagi beliau secara peribadi dan juga Malaysia, merupakan satu langkah untuk membawa kemasalahatan kepada dunia.
“Kita nak pastikan supaya dunia ini tenang semula, tidak bergelora. Bila politik dunia tidak bergelora, ekonomi dunia akan baik, maka semua orang akan merasai kebaikan daripada asas ekonomi tersebut. Malaysia amat menyokong dan suka cita terhadap seruan begitu,” kata beliau.