Output Produk Akuatik China Duduki Tempat Pertama

2024-11-21 14:55:17  CRI
Share with:

Tahun 2023 menyaksikan jumlah pengeluaran produk akuatik China mencecah 71.16 juta tan, sekali gus mengukuhkan kedudukan pertamanya di dunia selama 35 tahun berturut-turut.


Data berkenaan menunjukkan 169 ladang ternak marin peringkat negara mencatat output sebanyak 470,000 tan, sementara taraf pembiakan di kolam terus meningkat.

Kini, jumlah output produk akuatik China menyumbang hampir 60 peratus kepada keseluruhan dunia.


Selain itu, terdapat 458 spesies hidupan liar akuatik yang diberi perlindungan peringkat negara, bertambah 410 berbanding tahun 1989.