Kota Mikro: Xikou

2018-04-18 11:21:46  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_zhejiangxikou

 

Pekan Xikou yang memiliki penduduk seramai 75 ribu orang, terletak kira-kira 20 kilometer dari Ningbo, provinsi Zhejiang di bahagian timur China. Landskapnya yang penuh dengan ciri-ciri kawasan selatan Sungai Yangtze, seolah-olah hamparan lukisan yang indah sekali.

Semasa Ekspo Dunia Shanghai pada tahun 2010, pekan Xikou satu-satunya wakil dari Asia yang terpilih untuk dipamerkan dalam Dewan Masa Depan Bandar. Xikou telah memanfaatkan sepenuhnya peluang keemasan itu untuk muncul sebagai "syurga percutian, rekreasi dan persantaian di kawasan Delta Sungai Yangtze".

 

图片默认标题_fororder_zhejiangxikou2

 

Jangan lupa bersiar-siar di jalan purba Wuling yang penuh dengan unsur-unsur tradisional sambil menikmati keenakan kuih lapis yang dinobatkan “kuih paling sedap”.

Puluhan deretan kedai menjual kuih lapis dengan pelbagai jenama di jalan lama Wuling, menjadikannya satu pemandangan yang cukup unik. Juadah istimewa yang bersejarah lebih seratus tahun ini, diperbuat daripada ubi keledek, tepung biasa, gula, garam, minyak sayur, bijan dan rumpai laut. Namun kuih ini bukanlah berlapis seperti kuih lapis kukus yang biasa kita temui sebaliknya dicanai dan dipanggang. Apa yang pasti, rasanya sedap sekali.

Tip Pelancongan:

Pengangkutan: Terdapat banyak perkhidmatan bas persiaran antara Xikou dengan Shanghai, Hangzhou dan Ningbo. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lishe Ningbo ke Xikou, anda boleh menaiki teksi dengan tambang kira-kira RMB40.

Penginapan: Terdapat banyak hotel yang menawarkan bilik standard dengan sewa antara 100 hingga 250 yuan.

王瑾