Prestasi Dagangan Malaysia, China Terus Cemerlang:Tiong King Sing

2021-09-12 13:59:39  CRI
Share with:

Prestasi Dagangan Malaysia, China Terus Cemerlang:Tiong King Sing_fororder_0912b

Prestasi perdagangan Malaysia-China diyakini akan terus cemerlang, kata utusan khas Perdana Menteri Malaysia bagi urusan China, Datuk Seri Tiong King Sing.

Ketika berlangsungnya suatu webinar bertema perdagangan Malaysia-China di Kuala Lumpur pada Sabtu, beliau menyatakan, jumlah dagangan dua hala meneruskan momentum positif apabila mencatat pertumbuhan kukuh kepada RM329.8 bilion pada tahun lalu, angka tertinggi yang diraih dua negara, meskipun pandemik COVID-19 membadai serata dunia.

Menurutnya, China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia dalam tempoh 12 tahun berturut-turut, manakala Malaysia rakan dagang kesembilan terbesar China, yang turut menunjukkan ikatan kukuh sesama negara.

Tambah beliau, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang menguruskan butiran Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Selepas dimuktamadkan nanti, ia pasti akan merancakkan lagi kegiatan perdagangan antara kedua-dua negara.

董筱娉