China, Laos Komited Memperkukuh Hubungan Dua Hala

2021-12-04 15:28:05  CRI
Share with:

China dan Laos perlu melaksanakan dengan bersungguh-sungguh konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua pihak agar terus memperkukuh hubungan dua hala bagi membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi  berkata demikian dalam pertemuan secara maya dengan rakan sejawatnya dari Laos, Saleumxay Kommasith Jumaat lalu.

Wang Yi menyifatkan 3 Disember sebagai hari yang amat signifikan bagi hubungan China-Laos berikutan Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Laos, Thongloun Sisoulith mengadakan pertemuan dan menghadiri bersama-sama secara maya majlis pengoperasian landasan kereta api China-Laos pada hari itu. 

"Sempena menyambut ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China-Laos, pertukaran strategik antara pemimpin tertinggi kedua-dua negara mempunyai makna yang amat penting dan pengaruh yang besar bagi mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara," kata Wang.

Saleumxay Kommasith berkata, pihaknya amat teruja dengan pertemuan yang berjaya antara pemimpin tertinggi kedua-dua negara dan berasa bangga dengan pengoperasian landasan kereta api Laos-China sempena menyambut Hari Kebangsaan Laos.

"Laos bersedia memperkasa kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang dan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara agar mencapai lebih banyak hasil," kata beliau.

徐国玮