Cari:
v Topik Program Ni Hao untuk 18 April. 2017: Pusat Kebudayaan China di Malaysia 2017-04-17
Pusat Kebudayaan China bakal dirasmikan di Malaysia pada tahun ini, sebagai wadah baharu untuk merancakkan pertukaran sosiobudaya antara kedua-dua negara.
Program Ni Hao pada 18 April.2017 bertopik: Pusat Kebudayaan China di Malaysia.
v Topik Program Ni Hao untuk 17 April. 2017: Pentingkah Ketegasan dalam Mendidik Anak? 2017-04-14
Ketegasan dalam mendidik anak sangat diperlukan kerana berpengaruh besar terhadap sikap dan kebiasaan si kecil pada hari kelak.
Ketegasan bukan bererti kekerasan, sebenarnya sikap dan tindakan yang menerapkan kedisiplinan, dengan menegakkan aturan yang berguna bagi pertumbuhan dan perkembangan anak itu sendiri.
v Topik Program Ni Hao untuk 14 April. 2017: Kesihatan Mulut 2017-04-13
Bulan April merupakan Bulan Kesihatan Mulut Malaysia.Kesihatan mulut merupakan salah satu daripada sepuluh standard yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menilai kesihatan manusia.
Program Ni Hao pada 14 April.2017 bertopik: Kesihatan Mulut.
v Topik Program Ni Hao untuk 13 April. 2017: Cukai Pelancongan Malaysia 2017-04-13
Dalam Persidangan Dewan Rakyat 6 April lalu, Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017 yang dibentangkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, diluluskan dengan undian suara majoriti.
v Topik Program Ni Hao untuk 12 April. 2017: Bagaimana Hadapi Tekanan Kerja? 2017-04-11
Kebelakangan ini, hampir setiap orang bercakap mengenai tekanan. Tekanan adalah satu realiti yang tidak dapat dielak dalam kebanyakan persekitaran pekerjaan. Tekanan sudah dianggap sebahagian daripada perkara yang harus ditempuhi dalam kehidupan dan ada yang mengatakan tekanan adalah rempah-ratus kehidupan pada masa kini.
v Topik Program Ni Hao untuk 11 April. 2017: Makanan Segera 2017-04-10
Makanan segera adalah sesuatu yang tidak lagi asing kepada masyarakat kita dan digemari oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan peringkat umur.
Makanan ini sangat mudah didapatidengan rasanya yang enak, dan berjaya mengubah selera masyarakat kita. Kesibukan dalam tugas seharian dalam kehidupan telah menyebabkan masyarakat pada hari ini mencari jalan pintas dengan mengambil makanan segera sebagai alternatif.
 
v Topik Program Ni Hao untuk 10 April. 2017: Pendidikan Awal Kanak-kanak 2017-04-10
Semua ibu bapa mahu anak yang "perfect" atau sempurna serba-serbi. Antara lain yang memegang prinsip "tidak membenarkan anak sendiri kalah di garis permulaan".
Program Ni Hao pada 10 April.2017 bertopik: Pendidikan Awal Kanak-kanak.
v Topik Program Ni Hao untuk 7 April. 2017: Hari Kesihatan Sedunia 2017-04-06
Hari Kesihatan Sedunia merupakan hari yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mengetengahkan isu kesihatan yang perlu diberikan perhatian serius. Setiap tahun Hari Kesihatan Sedunia disambut secara global pada 7 April. Tema "Depression: Let's Talk (Kemurungan: Jom Kongsi)" diketengahkan pada tahun ini bagi memberi tumpuan terhadap kemurungan yang dianggap sebagai penyakit keempat paling serius dalam melumpuhkan jiwa seseorang di dunia oleh WHO.
v Topik Program Ni Hao untuk 6 April. 2017: Imej Negara di Mata Warga Asing 2017-04-05
Baru-baru ini, terdapat satu catatan dari laman web Quora AS yang mengatakan bahawa mengapa ramai warga asing yang melawat ke China menganggap negara itu baik telah tersebar luas di media sosial China. Banyak aspek yang disentuh dalam jawapan-jawapan pengguna Quora sebenarnya sudah biasa bagi orang China sendiri.
v Topik Program Ni Hao untuk 4 April. 2017: Kawasan Ekonomi Khas 2017-04-03
Kerajaan China, 1 April lalu, mengumumkan untuk membina Kawasan Baharu Xiong'an di provinsi Hebei. Keputusan ini disebut sebagai satu pilihan strategik yang melakar sejarah. Sebelum ini, di China terdapat dua buah kawasan yang berperingkat negara iaitu kawasan ekonomi khusus Shenzhen dan kawasan baharu Pudong di Shanghai.
v Topik Program Ni Hao untuk 3 April. 2017: Cara Mencari Jodoh 2017-03-31
Bagi orang bujang yang nak mencari jodoh, sekarang ini ada banyak pilihan. Ada yang bergantung pada ibu bapa atau saudara mara untuk diperkenalkan kepada sahabat mereka yang bujang, ada juga yang mencari jodoh melalui laman web, atau menggunakan khidmat agensi mencari jodoh, bahkan rancangan TV.
Program Ni Hao pada 3 April bertopik: Cara Mencari Jodoh.
v Topik Program Ni Hao untuk 31 Mac. 2017: Derma Darah Amalan Mulia 2017-03-30
Ramai yang percaya menderma darah adalah satu amalan sukarela yang terpuji dan tidak ternilai sumbangannya. Keinginan untuk menderma darah perlu wujud dalam diri setiap individu sebagai satu tanggungjawab membantu sesama manusia.
Program Ni Hao pada 31 Mac bertopik: Derma Darah Amalan Mulia.
v Topik Program Ni Hao untuk 30 Mac. 2017: Masih Menonton TV Tak? 2017-03-29
Baru-baru ini, Wang Sicong, anak orang terkaya di China, Wang Jianlin, menunjukkan sebuah televisyen keluaran Sony model Z9D dengan layar sebesar 100 inci menerusi akaun media sosialnya dan dengan rasa cukup bangga mengumumkan bahawa model bersaiz 100 inci ini merupakan yang pertama di dunia.Seperti kebiasaan teknologi baharu, harga yang diumumkan sangatlah "epik" sepertimana teknologi pada TV ini.
v Topik Program Ni Hao untuk 29 Mac. 2017: Kedai-kedai yang Viral di Media Sosial 2017-03-28
Dengan perkembangan media sosial, timbulnya banyak kedai yang menjadi viral di dunia maya. Antaranya ada yang sudah dibuka agak lama dan sentiasa disukai penduduk tempatan, setelah tersebar luas melalui media sosial, dan juga menjadi semakin terkenal bahkan menarik peminat dari bandar-bandar lain.
v Topik Program Ni Hao untuk 28 Mac. 2017: Lawatan Jack Ma ke Malaysia 2017-03-27
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba Jack Ma melawat Malaysia minggu lalu untuk membincangkan kerjasama e-dagang dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia yang dilantik oleh PM Najib yang dalam rangka lawatan ke China tahun lepas, Jack Ma mengumumkan untuk membuka hab e-dagang serantau ASEAN Kumpulan Alibaba di Kawasan Aeropolis KLIA.
v Topik Program Ni Hao untuk 27 Mac. 2017: Sumber Air 2017-03-24
Air yang menyelaputi lebih daripada 70 peratus permukaan bumi ini membuktikan betapa pentingnya air kepada semua hidupan dan alam. Tanpa air, tiadalah kehidupan di dunia ini.
Tanggal 22 haribulan Mac setiap tahun merupakan Sambutan Hari Air Sedunia (World Water Day) yang bermula pada 1993.
v Topik Program Ni Hao untuk 24 Mac. 2017: Hari Polis Malaysia 2017-03-23
25haribulan Mac merupakan Hari Polis Malaysia. 14 haribulan Mac adalah Hari Polis Antarabangsa dan juga Hari Polis China.
Program Ni Hao pada 23 Mac bertopik: Hari Polis Malaysia
v Topik Program Ni Hao untuk 23 Mac. 2017: LIMA Langkawi 2017 2017-03-22
Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2017 (LIMA 2017) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelah pagi 21 Mac lalu,merupakan pameran terbesar dalam siri sejarah penganjurannya.Ini merupakan edisi ke-14 sejak diadakan pada 1991.
v Topik Program Ni Hao untuk 22 Mac. 2017: Sahabat Sejati 2017-03-21
Persahabatan adalah hubungan sesama teman yang melibatkan bukansahaja kesetiaan dan saling membantu, tetapi juga saling percaya, kasih sayang, kepentingan bersama, kedekatan internal, keterbukaan dan lain-lain. Program Ni Hao pada 22 Mac bertopik: Sahabat Sejati
v Topik Program Ni Hao untuk 21 Mac. 2017: Lawatan "Mewah" Raja Arab Saudi ke Asia 2017-03-20
Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dari Arab Saudi melakukan lawatan negara ke Malaysia dari 26 Feb hingga 1 Mac lalu. Malaysia merupakan destinasi pertama bagi Baginda dalam lawatan ke tujuhbuah negara Asia kali ini. Minggu lepas, Raja Salman melawat ke China dan menandatangani kontrak program kerjasama senilai USD65 bilion. Bagaimanapun, yang paling menarik perhatian orang ramai bukanlah hasil lawatan, sebaliknya skala delegasi yang mewah, bagasi dibawa yang luar biasa, pembayaran setiap hari yang tinggi dan lain-lain.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China